Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

  BN Perak sedang kenal pasti calon PRU
 
Posted on Sunday, July 17 @ 18:17:21 PDT by paktam

KUALA KANGSAR,  — Barisan Nasional (BN) Perak sedang mengenal pasti calon yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan pucuk pimpinan bagi disenaraikan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13. 
 
Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kriteria utama yang telah ditetapkan ialah calon yang disenaraikan mesti dari kalangan boleh menang dan disukai rakyat.


Zambry  yang juga Menteri Besar berkata calon-calon yang disenaraikan itu adalah gandingan muka baru dan lama.

“Kita sedang melihat dan mengenal pasti senarai calon yang memenuhi kriteria seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu boleh menang dan disukai rakyat,” katanya dipetik Bernama Online.

Sudah pasti dalam setiap pilihan raya ada muka baru dan lama tetapi yang penting ialah mereka yang akan bertanding nanti merupakan calon yang boleh menang dan disukai rakyat, katanya.

Beliau berkata proses mengenal pasti calon perlu dilakukan mulai sekarang bagi mengelak berlakunya pemilihan calon pada saat-saat akhir sedangkan penduduk setempat tidak menyukai calon terbabit.M/I

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.