Kedutaan sedia jejak Norshahira lari ke Nepal
TERKINI @ 06:38:18 PM 27-08-2011
August 27, 2011
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Kedutaan Nepal sedia membantu menjejaki gadis Malaysia yang dilaporkan lari mengikut teman lelaki warga Nepal ke Kathmandu, jika laporan mengenainya dibuat.
“Jika ada sesiapa datang ke kedutaan Isnin ini untuk memberi butiran mengenai lelaki itu seperti nombor pasportnya, kami akan berbincang dengan pihak berkuasa di Kathmandu,” kata Duta Nepal ke Malaysia Dr Rishi Raj Adhikari kepada pemberita pada majlis mempromosi Tahun Melawat Nepal 2011 di sini hari ini.
Noshahira Mohd Rasul, 21, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di Padang Serai, Kedah, dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos.
Menurut maklumat polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira dan lelaki Nepal itu yang dikenali sebagai Imthias Khan, 24, menaiki pesawat dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos.
Menurut laporan Bernama Online, Rishi Raj juga mengingatkan warga Nepal yang bekerja di Malaysia agar tidak menjalin hubungan romantik dengan penduduk tempatan bagi mengelak kesulitan di masa depan.
“Kepada semua warga Nepal, tolong jangan berkahwin atau melakukan perkara buruk kerana anda masih terikat dengan kontrak,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment