Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUNTUTAN MEMBAWA REBAH

26 Ogos, 2011

BN Sabah Makin Goyah, LDP Tuntut 6 Kerusi

Keputusan Parti Liberal Demokratik (LDP) untuk menuntut sehingga enam kerusi yang dikosongkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP), yang keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada September 2008, menjengkelkan rakan-rakan dalam komponen BN negeri. 
 
Parti Bersatu Sabah (PBS), Gerakan, MCA dan Umno dikatakan kecewa dengan tindakan LDP yang secara terbuka menyuarakan tuntutan mereka ke atas enam kerusi iaitu dua kerusi Parlimen -Tawau dan Sepangar dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang, Likas, Elopura dan Tanjung Papat.

Presiden LDP, Datuk V.K. Liew secara terbuka berikrar, "Pastinya LDP akan terus memegang empat kerusi yang kami tandingi pada 2008, iaitu (kerusi) Parlimen Sandakan dan tiga kerusi DUN - Karamunting, Merotai dan Tanjung Kapor. "Kerusi-kerusi ini tidak boleh dirundingi. Ini pendirian kami. Kami amat jelas mengenainya. Mengenai kerusi yang dikosongkan oleh SAPP, tidak disangsikan lagi bahawa kami adalah satu-satunya parti setempat yang layak untuk bertanding di enam kerusi ini," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

SAPP keluar daripada BN pada 17 Sept 2008, mengeluarkan dua kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN daripada parti pemerintah. Kerusi berkenaan ialah Tawau, Sepanggar, Likas dan Luyang. Enam kerusi diperuntukkan kepada SAPP tetapi dua daripadanya, Elopura dan Tanjung Papat, kekal dalam BN selepas wakil rakyatnya, Au Kam Wah dan Datuk Raymond Tan, memutuskan keluar daripada SAPP dan menyertai Gerakan ekoran keputusan SAPP keluar daripada BN.

LDP juga menyatakan mereka mahukan semula kerusi Karamunting, yang dimenangi oleh Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Peter Pang yang bertanding atas tiket LDP sebelum beliau keluar parti dan menyertai Gerakan. Liew, yang juga anggota Parlimen Sandakan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata malahan wakil rakyat yang dipilih telah menyertai parti komponen lain dalam BN.

"Tidak dapat disangkal bahawa kerusi berkenaan di bawah LDP dan tidak boleh ditukar. Walaupun Datuk Peter Pang telah menyertai Gerakan, kerusi itu masih milik kami. Kami telah memegang kerusi itu sejak 1999 dan memenangi setiap pilihan raya di sana. Tidak timbul persoalan mengenai kami memberikannya kepada parti lain. Sebab itu kenapa saya katakan ia tidak boleh dirundingi," katanya.

Bekas anggota LDP Datuk Peter Pang, yang juga wakil rakyat Karamunting, meninggalkan parti itu pada akhir Ogos 2010 sebelum menyertai Gerakan pada 15 Mac tahun ini. Liew, yang juga pengerusi LDP bahagian Elopura LDP, begitu lantang semasa beliau menyelar mereka yang keluar parti itu untuk menyertai parti komponen BN supaya mendapat jawatan dalam kerajaan.

"Saya tahu ada yang melobi untuk mendapatkan kerusi kami. Bagaimanapun, saya ingin ulangi sekali lagi, kerusi yang pada asalnya diperuntukkan kepada kami tidak boleh dirundingi. Saya tahu seseorang yang meninggalkan parti demi kepentingan peribadinya. Kemudian beliau mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan kerusi kami, tetapi kami tidak goyah dengan taktik itu," katanya tanpa menamakan orang terbabit.

Penganalisis politik menambah apabila Liew berkata "LDP ialah satu-satunya parti setempat yang layak," beliau jelas merujuk kepada parti bukan setempat seperti MCA, Gerakan dan Umno, yang juga dilaporkan berminat dengan kerusi berkenaan. MCA menyasarkan kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada SAPP, ekoran mereka mahukan dua tambahan kerusi; satu kerusi DUN dan satu lagi kerusi Parlimen.

Ini kerana pada pilihan raya umum lepas, MCA hanya diperuntukkan satu kerusi DUN, Kepayan, tanpa kerusi Parlimen untuk ditandingi di Sabah. Kerusi DUN Kepayan sedang dipegang oleh pengerusi negerinya, Datuk Edward Khoo, dan orang dalam parti menegaskan parti itu mahukan tambahan kerusi DUN, sama ada Luyang atau Likas dan satu kerusi Parlimen, Tawau, pada pilihan raya umum akan datang.

"Permohonan bagi tambahan kerusi merupakan satu daripada resolusi konvensyen negeri kami yang diluluskan dua minggu lepas. Sebab itu kami merayu kepada presiden kami (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) untuk mendapatkan satu lagi kerusi negeri dan kerusi Parlimen bagi MCA Sabah," kata Khoo semasa dihubungi.

Keadaan adalah serupa bagi Gerakan, yang kemungkinan besar akan meminta dua kerusi DUN yang ketika ini dipegang oleh Tan (Elopura) dan Au (Tanjung Papat). Pada masa yang sama, parti itu juga dikatakan menyasarkan sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen, Tawau, yang kini dipegang naib presiden SAPP Chua Soon Bui.

Ini bermakna akan berlaku tuntutan bertindih antara parti komponen BN negeri sedia ada ke atas kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada SAPP. Bagaimanapun, Ketua Menteri dan Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Musa Aman, secara terbuka telah menggesa parti komponen BN negeri menumpukan perhatian mereka untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya berbalah mengenai peruntukan kerusi. "Saya ingin nasihatkan semua parti komponen untuk memberikan tumpuan untuk bekerja dan berkhidmat kepada rakyat. Itu yang lebih penting," beliau dilaporkan berkata./bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.