Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUDU CENTRAL ATAU SENTRAL PUDU

Najib namakan Hentian Puduraya ‘Pudu Sentral’

TERKINI @ 12:49:04 PM 27-08-2011
August 27, 2011
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Hentian Puduraya yang baru-baru ini dinaik taraf dan diberi wajah baru, akan dikenali sebagai Pudu Sentral. 

Nama baru itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) yang mengadakan lawatan ke lokasi pengangkutan awam itu, yang terletak di segi tiga emas ibu negara. 

“Saya menghantar mesej Twitter ketika sahur ketika pagi ini bahawa saya akan melawat  Hentian Pudu... apabila saya mengatakan bahawa saya akan melawat Pudu, ada syor agar nama itu ditukar. 

“Selepas berfikir, saya memutuskan nama stesen Pudu ini ditukar kepada Pudu Sentral,” kata Najib kepada pemberita hari ini. 

Hentian Puduraya mula beroperasi pada 1976 dan dinaikkan taraf tahun lalu. 
Ia ditutup sementara pada Mac tahun lalu, setahun selepas kerajaan mendapati terminal itu perlu di naik taraf dan ubah suai untuk memperbaiki perkhidmatan dan mengambil kira keselamatan awam selepas ia beroperasi lebih tiga dekad. 

Hentian Puduraya kini dilengkapi dengan pendingin hawa, kemudahan eskalator dan sistem pengumuman awam untuk mengumumkan ketibaan dan pelepasan bas dan disediakan dengan 296 kamera litar tertutup (CCTV). 

CCTV dipasang di semua tempat strategik yang dipantau oleh 48 kakitangan keselamatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat dan penumpang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.