Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MACANLAH NEGARA NI UMNO YANG PUNYA

Thursday, September 1, 2011


Nak Tahu Mengapa Rakyat Malaysia Begitu Hambar Untuk Menyambut Kemerdekaan Negara, Ini Jawapannya.

Sambut Merdeka Macam Sambut Ulang Tahun Umno

http://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/08/UMNO.jpg

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara.

“Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.


“Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.


Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.


“Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.


Pada hal, ujarnya kewujudan Umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946, malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.


Menurutnya, laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.


Maknanya, kata beliau Umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.


Pada hal, tambahnya golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).


Ini, katanya tentu rakyat bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan


“Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah,” ujarnya lagi.-Harakahdaily


N'N:Berapa ramai yang bersemangat mengibarkan bendera malaysia. Susah nak nampak rakyat Malaysia yang betul-betul bersemangat, sebab fakta sejarah telah banyak diputar-belit yang kelihatan sebagai wira hanya UMNO padahal umum tahu bahawa UMNO adalah anak didik British....Adakah anak muda sekarang tahu bagaimana Dr.Burhanuddin Al-Helmi berjuang menentang British sehingga beliau dipenjara, tapi mengapa pula pemimpin UMNO mendapat layanan baik daripada British???

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.