Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Insaf !

Terbaru!!Artis Ini Dah Insaf Manakala Seorang Lagi Artis Wanita Akan Muncul!!!!


Huh!!malas harini nak bawak cerita-cerita politik yang tak habis-habis dok salahkan pihak lain.Puak-puak umno salahkan PR,puak PR pulak sebaliknya.Bila tengok blog-blog Umno,banyak sungguh gambar-gambar perempuan bikini la.tak pakai baju laa,Memang patut pun orang panggil Umporno.memang porno itu Umno.

Dah!dah!dah!harini Sk nak jadi wartawan hiburan pulak.bawak cerita sensasi.hahaha.Cerita malam ni kisah seorang penyanyi muda yang umurnya boleh dikira sebaya la dengan Sk.Dengar kata dia ni ada la insaf-insaf sikit.Dulu dia ni mengaji SMKA kat Perak.Kira orang agama la jugak.Lepastu terjun dalam bidang nyanyi-nyanyi.:epastu pulak desas desus mengatakan dia bercinta dengan artis janda.Amboi!pandai jugak SK bab-bab artis malaysia ni.hahahh.

Baca dalam Mstar ada cerita ni 
 
Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.
 
Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.
 
"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.
 
"Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.
 
Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.
 
"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).
 
"Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."
Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya.
Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.

Wah!!kalau berita ni betoi kira bagus laa..Hang kena ingat Shahir.hang tu ngaji agama.Ada asas agama.toksahla duk join hiburan-hiburan macam dulu nuu..Tu tak sesuai dengan jiwa hang.Kalau ramai lagi artis-artis macam hang nak lari dari terjebak dalam hiburan macam hang tu bagus laaa.

Berita tambahan!!Dikhabarkan seorang lagi artis baru akan muncul bagi menggantikan Shahir setelah lagu duetnya dengan artis Mawi mendapat perhatian ramai oleh rakyat malaysia.Artis wanita ini yang mempunyai sosok badan yang sangat besar dan mempunyai suara ala-ala  Dayang Siti Nor Baizura dilaporkan mahu menjadi penyanyi wanita palilng popular dan akan menerbitkan albumnya yang pertama.Inilah artis yang dimaksudkan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.