Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAGU, RAGU, RAGU !

TERKINI ! Saksi Dr Wells Bandingkan Pengalaman, Pakar Perubatan HKL Tetap Profesional !





Jika merujuk kepada laporan berita mengenai kenyataan saksi ketiga, Dr David Wells, MiM nampak beliau sering membandingkan protokol pemeriksaan beliau dengan pakar-pakar perubatan HKL. Dr Wells membandingkan kehadiran anggota polis semasa pemeriksaan dan penggunaan perkataan 'inconclusive'.

Tetapi, sebagai doktor perubatan, MiM tahu bahawa perbandingan itu mengikut citarasa dan masih di dalam bidang protokol kesihatan.


Maksud mudah, pakar perubatan HKL tidak salah.


Malah, kenyataan Dr Wells juga tidak absolute dan tidak conclusive. Dan sebelum ini juga MiM telah menerangkan isu proforma seperti yang dinyatakan oleh Dr Wells.


Dan merujuk kepada laporan berita itu, MiM yakin Dr Wells tidak akan mampu mempertikaikan tahap professional rakan pakar perubatan HKL.


Rujuk di bawah:- Pakar patologi forensik Australia Dr David Wells memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia lebih suka jika anggota polis tidak hadir semasa pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual.


Wells (kiri), yang mengkhusus dalam kes-kes serangan seksual, berkata dia lazimnya akan menjalankan pemeriksaan berseorangan dengan bantuan jururawat.


"Ini sangat sulit, ia menganggu, dan ada kemungkinan bahaya bukti dicemari.


"Mangsa mungkin berasa tidak selesa dan mereka mungkin merasa tertekan dengan kehadiran anggota polis," kata Wells - saksi ketiga pihak pembelaan.


Semasa pemeriksaan yang dijalankan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira berada di dalam bilik bersama-sama dengan doktor-doktor yang memeriksa Saiful.


Doktor yang merawat Saiful pada malam dia ke Hospital Kuala Lumpur adalah Dr Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan.


Menjawab soalan daripada pihak peguambela Sankara Nair semasa pemeriksaan balas, Wells menyifatkan laporan perubatan yang diisi oleh para doktor di Hospital Kuala Lumpur itu sebagai tidak tepat dan samar-samar.


Beliau berkata terdapat percanggahan dan ketidaksamaan pada borang proforma HKL yang digunakan untuk kes-kes serangan seksual dengan laporan perubatan Saiful. Contohnya, borang proforma menyatakan terdapat pendarahan tetapi laporan perubatan sebaliknya mengatakan tidak Ada.


Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan menurut pengalaman beliau ia harus ditulis 'tiada sebarang penemuan".


Katanya perkataan "konklusif" bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri - MK.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.