Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK BOLEH DINAFIKAN, IKUT PERINTAH PEGAWAI ATASAN, TENTERA JADI ROBOT !

CERITA NI MEMANG BENAR BERLAKU SABAN PILIHANRAYA DIADAKAN

 Thursday, August 4, 2011

LAGI KERJA KOTOR UBN MENIPU UNDI DIBONGKAR:KAMI DIARAH MEMANGKAH 900 KEPING KERTAS UNDI POS KATA BEKAS TENTERA.

http://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/07/Undi-Pos.jpg

Kerani tentera kena buka karung undi pos
AMPANG: "Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.

"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," kata Nasir Mohamad dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di sini pagi tadi.

Nasir merupakan seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.

Beliau yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.

Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum.

Bekas sarjan mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemalsuan undi pos yang selama ini digembar-gemburkan pembangkang, jelas terbukti daripada pengakuan bekas tentera tersebut.

SUMBER

N'N:Kalau tak betul sila saman bekas tentera itu!!! Ternyata selama ini UBN menang secara Haram!!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.