Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tu bukan kerja sabotaj kew ?

Krisis DBP-Dawama: NGO gesa Putrajaya batal penswastaan cetak, pasar buku

August 02, 2011
 
KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan berkenaan martabat bahasa hari ini menggesa kerajaan membatalkan penswastaan kerja-kerja mencetak dan memasarkan bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan mengembalikan fungsi asal agensi Kementerian Pelajaran itu.

Gerakan Darurat Bahasa (GDB) berkata langkah kerajaan menswastakan urusan mencetak, mengedar dan memasarkan terbukti gagal, dan sudah tiba masanya aktiviti itu terletak di bahawa DBP sendiri selaku sebuah badan berkanun kerajaan.Ia mahu fungsi asal DBP dikembalikan kepada kedudukan sebelum September 2002.

“Sebagaimana menjadi kebimbangan kami selama ini, dasar menswastakan tiga fungsi ini (mencetak, mengedar dan memasrkan buku) nampaknya gagal. Dan, sebagaimana kami telah minta sebelum ini, kami berharap kerajaan akan kembali menyerahkan kerja-kerja mencetak dan memasarkan buku dan majalah kepada DBP sendiri.

“Kami mencadangkan agar sebagai sebuah badan berkanun, DBP diberikan peranan itu... sebagaimana kita dapat lihat di badan-badan berkanun yang lain seperti Felda,” kata Setiausaha Penyelaras GDB Hasni Abas kepada The Malaysian Insider. Hasni mengulas perkembangan mutakhir di sebalik krisis DBP dan Dawama.

Berkuat kuasa semalam sekitar 400 pekerja Dawama telah diminta bercuti tanpa gaji, selama satu tempoh yang tidak diketahui penghujungnya, antara lain disebabkan pertikaian konsesi kedua-dua pihak terbabit.

Sehubungan itu menurut Hasni, pihaknya masih yakin DBP boleh mengadakan sebuah anak syarikat sendiri dengan diurus dan diselia oleh lembaga pengelola DBP sendiri selaku kedudukannya sebagai sebuah badan berkanun.

“Ini tidak memerlukan penswastaan. Lembaga pengelola DBP boleh memantau perjalanan anak syarikat ini... supaya ia lebih telus,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah DBP, mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran campur tangan menyelesaikan kemelut yang menyebabkan hampir 400 orang telah diarah mengambil cuti tanpa gaji.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd Zainal Awit berkata, tindakan pengurusan syarikat itu amat keterlaluan kerana menyebabkan kesemua kakitangan kehilangan mata pencarian.

Dawama dilaporkan berhadapan dengan masalah kewangan rumit.
Tegas Zainal, pihaknya juga mahu agar DBP menamatkan konsesi dengan Dawama dalam kadar segera.

Jelas beliau, tindakan itu akan membolehkan kesemua kakitangan kembali bekerjasa seperti biasa.

“Kalau kita lihat di dalam surat cuti tanpa gaji, alasan yang diberi bahawa Dawama sudah tidak mampu untuk membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji kepada kakitangan dan kita terkejut dengan alasan yang tidak munasabah ini.

“Ini kerana sejak mendapat konsesi, Dawama memperoleh tender kerajaan yang pendapatannya dianggarkan puluhan juta ringgit, jadi kami berharap pihak berwajib menyiasat perkara ini dan kami juga mahu supaya konsesi ini ditamatkan dengan segera supaya DBP boleh mengambil alih operasi,” katanya.

Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.

Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.
GDB pernah menghantar memorandum kepada Muhyiddin awal tahun ini dan menurut kepimpinan pertubuhan bukan kerajaan itu belum ada maklum balas daripada beliau.

Dalam memorandum itu GDB mendakwa DBP terus mengalami kerugian meskipun urusan mencetak, mengedar dan memasarkan bahan-bahan terbitannya diberikan kepada pihak luar.

Hasni berkata pihaknya akan mengadakan satu pertemuan dengan pelbagai pihak bagi membincangkan tindakan susulan mengenai isu DBP-Dawama.

Ekoran krisis semasa ini, DBP juga telah dapat mengeluarkan 10 majalanan bulanan, edisi Julai, bulan lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, DBP menggariskan masalah dihadapi Dawama sebagai punca kepada situasi itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.