Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Guru-Guru Harus Bangun Menentang Ketidakadilan.

Posted on Tuesday, September 13 @ 01:57:21 PDT by wakjeng
 
Oleh periapahit Guru-guru kini ibarat robot yang perlu mengikuti arahan dari mesin kawalan yang berada ditangan pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan kawalan utama berada di tangan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan."

Fenomena kroni bukan hanya berlaku di sektor-sektor pembangunan atau perniagaan sahaja yang mana kontrak-kontrak kerajaan dibolot oleh para kroni. Kini fenomena kroni mula menular ke sekolah-sekolah untuk mengejar gred perkhidmatan sehinggakan mengabaikan senioriti para guru. 

Dengan mesin kawalan berada ditangan pegawai-pegawai jabatan, mereka-mereka ini akan membantu kroni untuk mendapatkan gred yang lebih baik sehingga melangkaui guru-guru yang sepatutnya menerima gred tersebut. Bahkan ada dikalangan guru-guru yang dinaikkan gred langsung tidak berpengalaman sehingga merencatkan program pembangunan sekolah. 
Guru merupakan satu pofesion yang mulia kerana semua orang tahu bahawa tanpa guru tidak ada seorang Doktor, Jurutera, Peguam mahupun Perdana Menteri. 

Suatu masa dahulu, seorang guru lebih dihormati dari seorang Menteri kerana dedikasi seorang guru amat tinggi berbanding para menteri.

Kini profesion perguruan ibarat satu sumber cari makan kerana kerenah birokrasi dicampur dengan perlaksanaan pelbagai program mengikut acuan menteri pendidikan yang sewenangnya ingin membina wawasan sendiri tanpa memperdulikan pandangan guru-guru.




Terdapat beberapa kes yang berlaku di seluruh Negara pada masa kini dimana guru-guru yang mendapat ijazah pada tahun 1980an dan memegang gred DG44 sejak dari tahun 2004 dilompat oleh guru-guru lepasan ijazah tahun 2003 dan mendapat gred DG44 pada 2008 ke gred DG48 pada tahun 2011. Bahkan ada guru yang bertugas di Jabatan dan tidak pernah bertugas di sekolah menengah bertukar ke sekolah menengah sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dengan bantuan pengetua yang merupakan kawan beliau.

Baiklah untuk lebih spesifik, saya lebih suka membentangkan fakta. Saya berpeluang untuk kembali ke kampong saya di Linggi dan seperti biasa saya akan mengikuti perkembangan sekolah lama saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mohd Yusuf. Mengetahui bahawa Puan Syarifah (Pengetua) dan Cikgu Hj. Mohd Radzuan (GPK1) telah bersara, saya menjangkakan bahawa saya masih boleh menemui Cikgu Hashim (GPK HEM) dan Cikgu Zulkifly (GPK Koko) disekolah tersebut. Agak memeranjatkan apabila pengawal memberitahu bahawa Cikgu Hashim dan Cikgu Zulkifly telah bertukar sekolah dan pihak pentadbiran kini semua diwakili oleh guru-guru baru 100% termasuk kerani.

Dengan kuasa yang ada ditangan saya sebagai seorang pegawai kanan kerajaan, saya membuat penyelidikan yang mana saya dapati pengetua baru merupakan seorang guru yang bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang jauh lebih junior dari Cikgu Hashim. Pengetua tersebut mungkin tidak selesa dengan situasi tersebut membuat tawaran perpindahan kepada Cikgu Hashim sebagai Guru Penyelia Petang disebuah sekolah di Seremban. Walau pun tidak turun gred, perlaksanaan pertukaran tersebut ibarat turun pangkat kepada Cikgu Hashim dan Cikgu Hashim menerima pertukaran tersebut atas dasar sekolah yang berhampiran dengan rumah disamping masaalah kesihatan isteri beliau yang perlu beliau tangani.

Tempat Cikgu Hashim diambil alih oleh Cikgu Zulkifly dan Pengetua mengunakan pengaruh beliau semasa di Jabatan untuk membawa Cikgu Amir sebagai GPK Koko mengantikan tempat Cikgu Zulkifly. Disamping itu, beliau juga membawa Pn. Nafisah, bekas ketua bidang di Kolej Tungku Kurshiah untuk menjawat jawatan GPK 1 mengantikan cikgu Radzuan yang telah bersara.

Permainan tidak tamat disitu apabila sekali lagi beliau memilih rakan beliau sebagai ketua bidang melangkaui guru-guru yang lebih senior. Mana-mana guru yang tidak sebulu dengan beliau akan dipindahkan termasuklah guru-guru yang berpengalaman yang telah berjasa kepada sekolah dalam melahirkan pelajar-pelajar cemerlang sehingga keputusan SPM meningkat dari tahun ke tahun.

Terbaru, Cikgu Zulkifly dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah sebagai GPK 1 dan mengambil seorang lagi rakan beliau dari jabatan (Cikgu Suhaimi) sebagai GPK HEM. 

Bukan saya mempertikaikan perlantikan mereka-mereka ini tetapi penyelidikan saya mendapati bahawa mereka-mereka ini naik dengan memijak kepala guru-guru lain yang lebih senior dari mereka . Sebagai contoh, bagaimana seorang guru seperti Pn. Nafisah dan Cikgu Shuhaimi boleh mendadak ke Gred DG48 pada hal mereka ini lulusan ijazah tahun 2002 dan 2003 serta mendapat gred DG44 pada tahun 2008 berbanding beberapa orang guru seperti Ustazah Hasnah, Cikgu Mariahni, Cikgu Mazni, Cikgu Suzana (lulusan 1980an dan mendapat gred DG44 pada 2004 dan 2005). Dan yang paling best, cikgu shuhaimi ini tidak ada pengalaman dalam mengajar sekolah menengah. 

Perbezaan gaji gred DG44 dan gred DG48 adalah RM1000, satu nilai yang mencukupi untuk membayar bayaran bulanan rumah atau kereta. Bagaimana pula dengan Cikgu Chong yang bertahun-tahun telah memegang gred DG48. Kenapa beliau masih lagi berjawatan sebagai ketua bidang berbanding dengan Cikgu Rahim yang dilantik sebagai ketua bidang dan kini menjawat GPK Koko setelah beberapa bulan menjadi ketua bidang. 

Saya juga mendapat perkhabaran bahawa Sekolah Datuk Abdul Samad (SDASA), SMK Kg. Baru juga mengalami peristiwa yang sama. Sebenarnya, apa yang berlaku ialah hasil dari sifat tamak dan mementingkan diri sendiri diatas perlaksanaan wawasan menteri pelajaran. Mereka-mereka ini keluar dari Jabatan untuk mengejar DG48 dan akan kembali ke Jabatan untuk mengejar DG52. Pengetua pula memerlukan kroni untuk membantu beliau untuk mendapat gelaran Pengetua Cemerlang disamping tawaran wang tunai bagi sekolah Berjaya yang dikhususkan kepad Pengetua walaupun pihak guru yang berusaha. 

Para guru harus sedar bahawa mereka perlu bangun untuk menentang ketidakadilan ini kerana hak guru-guru ini dirampas secara terhormat melalui cara keji. Seharusnya mereka-mereka ini perlulah memikirkan samada mereka ini layak atau tidak untuk menerima gred tersebut berbanding guru-guru yang sedia ada. Sedarkah mereka bahawa kenaikkan mereka itu bukan sahaja menguris perasaan guru-guru bahkan pelaksanaan program juga akan bercelaru disebabkan kekurangan pengalaman. Ini bakal merosakkan pembangunan pelajar-pelajar disekolah tersebut yang sebelum ini berada dilandasan yang betul peninggalan Pn. Sharifah dan Cikgu Radzuan.

Saya menulis artikel ini bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak tetapi fenominaa ini juga berlaku di Johor dan beberapa negeri lain. Saya berharap dengan artikel ini, pihak Kementerian akan membuka mata dan pihak Jabatan akan membuka hati supaya jangan ada lagi guru-guru terainaya. Janganlah Menteri Pelajaran hanya pandai membuat wawasan dan meminta guru-guru terus setia dengan Barisan Nasional tetapi dalam masa yang sama mengainaya guru-guru ini. Saya sebagai Pegawai kanan kerajaan pun malu bila melihat perkara ini berlaku di kementerian yang saya duduk

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.