Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Oooooh ! Serius !

Kes samun: Tindakan tiga pegawai ‘kesalahan serius’, kata SPRM

September 27, 2011
 
KUALA LUMPUR, 27 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengkategorikan perbuatan dilakukan tiga pegawainya, yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 15 September lalu sebagai “kesalahan serius.”

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata, siasatan dalaman bagi kesalahan tatatertib ke atas ketiga-tiga pegawai agensi itu telah selesai dijalankan.

“Mesyuarat Lembaga Tatatertib SPRM yang bersidang hari ini telah membuat keputusan ke atas penjenisan kesalahan iaitu kesalahan serius sebagaimana Peruntukan 37 Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tataertib) 1993,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun kenyataan itu menambah, siasatan dan tindakan pihaknya tidak melibatkan atau menjejaskan siasatan pihak polis.

Kelmarin, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaffar berkata, pihaknya telah mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya terbabit ke bahagian pentadbiran jabatan itu.

Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di ibu pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Beliau berkata ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.