Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGELIRUKAN ORANG JUGA SATU AMALAN YANG BURUK

SILAP SEKALI TIDAK SEMESTINYA SILAP SAMPAI BILA-BILA, TANDA ORANG SAYANG ? OK LA TU AGAKNYA, LAIN KALI RUJUK DULU ! KOL NAZRIPUN ADA BELAJAR AGAMA KAN ?

Pengarah: Kontroversi Hantu Bonceng tanda ‘orang sayang’

September 28, 2011
Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengadakan pertemuan dengan Nasrudin Hassan (kanan) berhubung isu filem Hantu Bonceng.
 
KUALA LUMPUR, 28 Sept Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan kontroversi berkaitan filem Hantu Bonceng arahannya dan ditayangkan sejak awal Syawal menunjukkan “tanda sayang masyarakat” terhadap karya itu. 
 
Ketika dihubungi The Malaysia Insider, Ahmad Idham berkata, filem tersebut tidak melanggar mana-mana undang-undang kecuali sensitiviti sesetengah masyarakat yang mungkin terkeliru.

“Orang kalau marah kita, maknanya dia sayang kita... jadi di sini saya dapat lihat masyarakat sekeliling peka dengan situasi yang berlaku dalam filem itu dan saya juga menerima teguran dan kritikan mereka,” kata beliau.

“Mungkin mereka keliru, realiti yang berlaku adalah situasi itu sebenarnya adalah tidak seperti yang mereka lihat,” tambah beliau.

“Dakwaan penggunaan dialog-dialog yang sensitif dalam filem juga tidak timbul kerana ia hanya satu salah faham dan kami telah atasinya dengan cara yang berhemah dan mesra,” tambah Ahmad Idham.

Minggu lalu, Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng yang ditayangkan sejak akhir bulan lalu tidak mempersendakan Nabi Muhammad.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.

Iklan mempromosikan filem Hantu Bonceng.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam.
 
Malah, sebelum ini, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak yang membintangi filem itu memohon maaf jika kalimah yang digunakan dalam filem kontroversi berkenaan telah menghina Islam.

Mohd Razizan berkata, dia tidak mungkin secara sengaja atau tergamak mahu menghina agama sendiri.

Filem Hantu Bonceng disiarkan sejak awal Syawal sempena sambutan Aidilfitri dan turut mencatat rekod dalam kutipan jualan tiket.

Filem itu yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd turut dibintangi oleh Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan  Zahid Baharudin.

Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya sangat kesal dengan kelemahan ketara LPF dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan dengan yang terbaru Hantu Bonceng.

Ditanya sama ada pihaknya akan lebih berhati-hati ketika penghasilan filem baru pada masa depan, Ahmad Idham memberitahu, pihaknya akan tetap menghasilkan filem-filem berkualiti demi tatapan masyarakat.

Sambil menyifatkan isu itu telah selesai, Ahmad Idham kini bersedia menjalin kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS dalam berkarya dan menyampaikan mesej berguna dalam filem arahannya.

“Isu Hantu Bonceng telah tamat, pihak kami dan Dewan Pemuda PAS kini sepakat untuk bekerjasama demi kebaikan bersama,” katanya yang sebelum itu ditemui The Malaysian Insider pada sesi temu bual dengan kepimpinan Universiti Malaya di sini malam kelmarin.

Terdahulu satu pertemuan antara Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Ahmad Idham telah diadakan di ibu negara bagi membincangkan beberapa isu yang menjadi kontroversi.

Dalam pertemuan tersebut, Dewan Pemuda PAS berkata, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan memberi penjelasan masing-masing.

“Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra,” katanya.

Susulan pertemuan Ahmad Idham bersembang dalam keadaan santai bersama kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya dan turut berbincang mengenai permasalahan dan kekeliruan yang wujud kebelakangan ini.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Syahid Mohd Zaini memberitahu The Malaysian Insider, pihak kepimpinan pelajar universiti itu berusaha mencari kebenaran di sebalik kontroversi semasa dengan berjumpa sendiri pengarah terbabit.

Sambil menolak pemikiran sempit golongan mahasiswa, Mohd Syahid turut menekankan golongan pelajar wajar melihat dunia dalam konteks lebih luas.

“Mahasiswa tidak seharusnya bersifat jumud dalam pemikiran mereka dengan hanya mengutamakan perbincangan politik dan isu berkaitan pelajaran, mereka seharusnya berupaya melihat sesuatu perkara dengn lebih jelas dan terbuka,” katanya.

“Seperti bidang hiburan, bidang ini seharusnya diberi perhatian kerana ia turut berkait rapat dengan remaja,” kata beliau.

Menurutnya lagi, golongan artis juga mempunyai pendapat mereka yang seharusnya diambil kira, mereka bukan hanya sekadar pelakon semata-mata.

Tambah Mohd Syahid, Ahmad Idham merupakan seorang pengarah yang positif dan neutral dan tidak menyebelahi sesiapa.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Muhammad Safwan Anang @ Talib pula berkata, filem arahan Ahmad Idham ini dilihat sebagai “pengumuman khidmat awam yang membawa mesej tersirat.”

“Terdapat banyak elemen kebaikan yang cuba ditonjolkan melalui filem arahannya. Sebagai contoh, filem seram yang dihasilkan Ahmad Idham lebih menonjolkan imej lucu bagi menghakis kepercayaan karut masyarakat berkaitan alam mistik dan hantu.
“Secara tidak langsung filem itu mendidik masyarakat agar tidak takutkan hantu yang akan menjadikan manusia itu percaya kepada perkara khurafat dan tahyul,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Soladiriti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Syukri Ab Razab.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.