Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN-JANGAN MAIN POLITIK TAK ?





Tidak percaya ISA mansuh selagi tidak diwarta di Parlimen

Posted on Tuesday, September 27 @ 19:00:00 PDT by paktam


Oleh ROY RASUL 
KUALA LUMPUR: Selagi tidak diwartakan di parlimen, mangsamangsa tahanan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan percaya akta itu dimhttp://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/05/04/NorlailaOthman.jpgansuhkan, kata isteri bekas tahanan ISA, Norlaila Othman.

Malah katanya, mereka kecewa kerana Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu memansuhkan akta ISA tersebut setelah menyedari akta itu cukup popular dan dibenci rakyat.


“Rakyat negara ini tahu kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim kerana menggunakan akta ISA dan sudah tentu imej mereka terus dilihat zalim dengan adanya ISA.

“Sebab itu dia kata hendak mansuhkan ISA tetapi dia tidak boleh hapuskan terus tanpa ada undang-undang lain kerana undang-undang seperti ISA itu dijadikan penerusan kuasa Umno,” katanya kepada Harakah, 19 September lalu.

Dalam perutusan Hari Malaysia beliau pada Khamis lepas, Najib mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan negara.

Oleh kerana itu katanya, walaupun BN mahu hapuskan ISA, dua undang-undang baharu yang hampir sama akta ISA untuk menjaga ketenteraman awam akan dibuat.

“Sebab itu, saya kecewa dan kalau hendak mansuhkan akta ISA, tidak perlu adakan undangundang lain,” katanya.

Beliau berkata, undangundang yang sedia ada sudah cukup banyak dan lengkap untuk menangani semua masalah. Malah katanya, apa yang dibimbangi mereka dua undangundang itu lebih zalim daripada ISA.

“Memang jelas kerajaan BN tidak jujur dan ikhlas dan kita lihat mereka tidak berniat pun untuk memansuhkan ISA,” katanya.

Sebaliknya beliau mendakwa, kerajaan mahu mengambil kesempatan daripada rakyat untuk memberi sokongan kepada BN kembali.

Sikap kerajaan yang tidak mahu memohon maaf dan membayar pampasan kepada semua mangsa katanya, menunjukkan sekali mereka tidak jujur dalam pemansuhan akta ISA.

Ini dakwanya kerajaan tahu mereka menahan mangsa tanpa bicara, silap tangkapan atau ditangkap tanpa ada tuduhan.

“Mangsa dipenjara bertahuntahun sedangkan tidak tahu apa kesalahan mangsa kerana itu mereka tidak mahu mohon maaf dan jika mereka meminta maaf nanti menunjukkan lemahnya mereka,” katanya.

Beliau yang merupakan isteri kepada bekas tahanan, Mat Sah Satri berkata, kerajaan sepatutnya sedar, apabila salah seorang daripada ahli keluarga ditahan di bawah ISA, seluruh anggota keluarga akan menanggung sengsara.

“Orang yang paling terkesan, mestilah anak, isteri dan adikberadik yang lain. “Perasaan kami semua risau,susah hati, marah, sedih bertamu di hati kerana kehilangan orang tersayang, segala kesengsaraan itu dihambat pula dengan gangguan polis Cawangan Khas (SB) dan persepsi negatif masyarakat,” ceritanya.

Beliau berkata, susah hendak menggambarkan segala kesukaran tersebut, hanya yang pernah mengalaminya sahaja dapat menceritakan betapa buruknya dan kejamnya akta ISA.

“Saya teringat kawan-kawan yang menjadi mangsa ISA. Bukan sekejap duduk dalam tahanan. “Ada yang ditahan cuma tiga minggu, dua bulan, satu tahun, tiga tahun dan ada yang lebih tujuh tahun, semuanya merasai jerit perih kehidupan apabila dipisahkan dari suami oleh ISA,” soalnya.

Katanya, bagaimana pula nasib mereka yang masih ditahan, adakah mereka akan dibicarakan dan siapa pula yang akan membayar wang guaman.

Katanya, sejak zaman Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hingga ke zaman Najib tiada seorang pun yang pernah meminta maaf dan benar-benar ingin membersihkan nama mangsa ISA yang dituduh dan difitnah dengan begitu teruk.
Katanya, pada tahun 2007 suaminya ditahan tanpa bicara dan meringkuk di tirai besi selama lima di Kem Kamunting, Perak.
Ketika itu katanya, majoriti yang ditahan orang Melayu Islam kerana dituduh sebagai pengganas.
Sehubungan itu katanya, meskipun ramai mangsa-mangsa tahananISA menyambut baik pengumuman Najib itu, beliau mengingatkan mereka jangan bergembira lagi jika cadangan itu tidak dibawa ke sidang parlimen untuk dibentang dan diluluskan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.