Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAGI SEKOR MUKA SEMBAB YANG BANGANG

Puad: Sejarah tak perlu ditulis semula kerana politik

September 27, 2011
SHAH ALAM, 27 Sept – Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi menegaskan sejarah negara tidak perlu ditulis semula jika ia hanya untuk memenuhi dan memuaskan kepentingan politik pihak tertentu.

Ini kerana jelas beliau, sejarah tidak boleh diubah sewenang-wenangnya dan sebagai rakyat negara ini ia harus dipertahankan daripada terhakis.

“Wajarkah sejarah ini ditulis semula? Apakah fakta yang ada pada hari ini salah? Atau apakah ada pertemuan baru? Atau adakah kita mahu menulis sejarah semula sebab kita terdiri dari berbilang kaum jadi ia perlu ditulis semula.

“Kalau mengisi semula sejarah ini adakah ia akan menyebabkan ketulenan sejarah ini terhakis? Pada saya sejarah adalah sejarah, sejarah tetap sejarah dan ia perlu dipertahankan... dan kita tidak boleh sewenang-wenang mengubah sejarah dan saya ingin mengatakan semakin lama sejarah semakin sayang kita pada sejarah dan harus pertahankan sejarah,” katanya pada Wacana Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula anjuran Sinar Harian di sini.

Timbalan Menteri Pelajaran ini (gambar) memberitahu, beliau setuju sekiranya sejarah ditafsir semula dengan berasaskan kepada fakta-fakta yang betul.

“Saya ingin bangkitkan di sini, saya tidak bersetuju sejarah ditulis semula semata-mata untuk memuaskan kepentingan politik pihak tertentu semata-mata atau kerana menjadikannya sebagai isu yang berkaitan dengan mereka.

“Tapi saya terbuka untuk sejarah itu ditafsir semula sebab sejarah hidup kerana pentafsirannya seperti al-Quran... sejarah memang perlu ditafsir berasaskan fakta-fakta yang sahis dan pengalaman tapi persoalanya di sini siapakah yang layak untuk melakukan tafsiran ini? Adakah kita boleh mentafsirnya mengikut sesuka hati kita?,” katanya di hadapan kira-kira 500 orang.

Sementara itu pakar sejarah Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata beliau mengakui sumbangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan negara tetapi tidak sehebat sumbangan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra.

“Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy pejuang kemerdekaan. (Ahmad) Boestamam, Zaba, Ibrahim Yaacob... kita tidak pernah nafi. Tetapi perjuangannya tidak begitu hebat macam Tunku,” katanya.
Dalam penjelasan hari ini beliau turut berkata fakta mengatakan negara tidak pernah dijajah tidak tepat.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Prof Datuk Mohamad Abu Bakar pula berkata, polemik tentang Ahmad Indera atau Mat Indera yang dicetuskan Timnbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah merancakkan perbahasan berhubung sejarah negara.

Sambil menyifatkan ia sebagai fenomena “sabuesme”, Mohamad berkata, ia selari dengan tuntutan globalisasi dan pelbagai pihak supaya versi lain dirakamkan bersama dalam penulisan sejarah.

“Saya baru-baru ini dalam satu forum dengan Mohamad Sabu, puluhan ribu orang hadir. Di Jabatan Sejarah baru-baru ini ratusan hadir.

“Sebelum itu, kalau forum pukul 8 malam, pukul 8.30 malam baru orang hadir... sekarang tidak, forum pukul 8.30 malam pukul 8 malam dah penuh,” katanya.

Beliau menjelaskan telah berlaku lonjakan berhubung minat orang awam bagi membincangkan persoalan sejarah kemerdekaan tanah air akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, beliau menolak fenomena apabila fakta dan tafsiran sejarah ditentukan oleh ahli politik kerana ia boleh bertukar dalam sekelip mata sahaja.

“Kalau politik saja (tentukan), bukan sahaja bila tukar kerajaan, tukar menteri pelajaran sahaja sudah tukar (tafsiran sejarah),” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.