Isnin, 26 Disember 2011
Banyak Sangat Durian Runtuh Pun Mabuk Juga
SEMALAM Ha Najib Razak mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM102,584,000 pada akhir bulan ini.
Kadar bayaran bonus itu adalah antara RM400 dan RM1,200 yang sama seperti tahun lepas bergantung kepada penghantaran hasil.
Kadar bayaran bonus itu adalah antara RM400 dan RM1,200 yang sama seperti tahun lepas bergantung kepada penghantaran hasil.
Pembayaran bonus itu melibatkan seramai 95,949 atau 85.19 peratus daripada 112,635 peneroka sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda.
Pembayaran itu dianggap sebagai satu lagi durian runtuh untuk para peneroka. Sebelum ini pihak lain juga menerima durian runtuh menerusi pelbagai insentif yang diumumkan perdana menteri. Budak sekolah, orang tua, orang catat, petani, nelayan, polis, askar, guru Kemas, semuanya menerima durian runtuh mengikut kadar dan jenis durian masing-masing.
Ada meneirma durian musang king, D24, klon dan durian anak butir pun ada, durian daun atau durian aur yang berbau tengit pun juga ada.
Perlu diingatkan baik kepada penerima durian runtuh dan juga Najib sendiri, kalau banyak sangat durian boleh memabukkan nanti. Rasanya sudah terlalu banyak durian yang diruntuhkan untuk rakyat. Sejak awal tahun lagi hingga membawa ke Januari dan rapat kepada pilihan raya umum entah apa-apa jenis durian lagi akan diruntuhkan oleh Najib.
Kerja meruntuhkan durian ini senang dan mudah berbanding dengan kerja menanam pokok durian.
Berbalik kepada bonos kepada peneroka yang berjumlah RM103 juta itu, harus diingat ia bukan duit kerajaan. Ia adalah duit hasil titik peluh peneroka juga. Najib dan pihak pengurusan Felda termasuk juga nanti ketua bahagian Umno hanya tukang bahagi sahaja.
Peneroka jangan mudah tertipu dan ‘terpesil’ mata menerima duit itu dan menganggap bonos adalah dari sumber lain. Bonos itu tidak akan hadir kalau bukan para peneroka berpeluh pelai menghasilkan tanaman mereka. Seperti dikatakan tadi Najib hanya meruntuhkan buah yang sudah ada pokok.
Begitu juga bonos-bonos lain yang dinamakan durian runtuh itu. Semuanya adalah hasil titik peluh golongan yang menerima itu. Misalnya petani, nelayan yang mendapat bonos hasil produktiviti kerja atau penghasilan mereka ialah kerena mereka. Mereka banyak berkejra banyaklah bonosnya.
Adapun pihak pegnurus hanya tolong simpan sahaja yang manfaat, fee dan cukai yang dikenakan adalah keuntungan buat mereka. Ingatkan bahawa tidak ada benda percuma dinamakan bonos atau durian runtuh. Jangan mudah terpesil mata.
Kalau betul Najib dan kerajaan hendak bantu rakyat turunkan harga barang, harga petrol dan hapuskan beberapa cukai yang membebankan rakyat. Naikkan gaji perkerjaan disektor awam atau perbetulkan sistem perkhidmatan agar terhindar elemen rasuah. Begitu juga kecualikan pembayaran kepada mahasiwa pinjaman PTPTN, itulah baru dinamakan durian runtuh yang asli.
Kalau setakat meruntuhkan durian yang orang sudah tanam dan bajakan, tak bersohor.Itu namanya lembu punya susu sapi punya nama saja.
Rasanya hakikat ini rakyat sudah tahu. Kewajiban demikian bukan sahaja dilakukan Umno selaku kerajaan tetapi parti-parti lain juga. Kerajaan Pakatan Rakyat, baik di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan juga melakukan perkara yang sama. Kerajaan-kerajaan itu juga melakukan durian runtuh untuk rakyat dari masa ke semasa tanpa dihebuh-hebhkan macam langit hendak runtuh dalam cerita Kancil jatuh lubang yang hendak tipu gajah. Tahu cerita Kancil jatuh lubang ini? Tak tahu baca kisah penglipurlara.
Seperti saya kata tadi, bila banyaknya durian runtuh boleh menyebabkan orang kemabukan. Najib yang tukang sampai bonos (durian) juga akan kemabukan kerana bau yang berbagai. Di sini apa yang penting semoga rakyat tidak mudah mabuk dan ‘semabul’ dengan pemberian durian runtuh itu yang mana durian-durian itu adalah hak mereka. Bila Najib hulur ambillah... itu hak anda dan tidak perlu anda membalas dengan berterima kasih dan memberi sokongan kepadanya.
Pandai terima, pandai makan dan pandai simpan. Najib hanya menjaja gahnya. Felda di bawah penguasaan kini sedang menanti masa untuk meletup. Apa yang berlaku hari ini ada bom jangka dalam Felda. Manakala perangkap samar yang dipasang di Felda sudah hampir hendak tersepak oleh Mohd Isa Samad. Kata orang tinggi Felda kedamaian dan kemakmuran Felda hari ini bukan disebabkan sesiapa tetapi kerana Najib Razak sendiri yang sangat pantang melibat timbunan wang rakyat akan terus dipergunakan untuk berjoli. Berjoli?
1 orang berkata:
james harden shoes
yeezy boost 350
adidas online shop
hermes belts
adidas tubular
lacoste online shop
kobe bryant shoes
http://www.kobeshoes.uk
cheap jordans
michael kors outlet online
Post a Comment