Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

SMM akan adakan himpunan di hadapan UPSI

Khairul Naim | Dec 27, 2011 11:47:35 am


 
Rentetan daripada perhimpunan kebebasan akademik serta isu penurunan bendera Najib Razak oleh seorang Mahasiswa UPSI Adam Adli, SMM mengambil pendirian untuk mengadakan satu lagi himpunan bersama rakyat pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 bermula jam 9 malam.

Mahasiswa akan berkumpul bersama rakyat di hadapan UPSI bagi mengulangi enam tuntutan Mahasiswa iaitu mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 155, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti kampus serta bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.  Mahasiswa masih menunggu segala tuntuan kebebasan mahasiswa tempoh hari.

Selain itu, himpunan besar-besaran ini juga diadakan bagi menuntut supaya UPSI menggugurkan tuduhan ke atas pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif serta penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli yang mencetuskan kontroversi berikutan kes penurunan bendera Najib Razak baru-baru ini.  Ia berikutan surat yang dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Ancaman apa yang dimaksudkan itu tidak pasti, yang kami tahu kedua-dua pertuduhan ini adalah tidak berasas, tidak berpelembagaan, tidak sah dan jelas serta tidak masuk akal.  Tindakan Adam Adli ini sebenarnya dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara ini.  UPSI sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam supaya menjalankan hak sivil beliau sebagai warganegara.  Adam telah menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin universiti pada 23 Disember gara-gara tindakannya pada 17 Disember yang lalu.

Mahasiswa sentiasa berdiri bersama-sama Adam Adli kerana kami percaya tindakannya adalah sah dan demokratik malah wajar dipuji kerana mempunyai pendirian supaya masyarakat memahami serta celik tentang isu sebenar yang melanda iaitu kegagalan pihak kerajaan sekarang dalam kebebasan berakademik serta kegagalan memansuhkan AUKU.  Justeru, SMM menggesa supaya UPSI menggugurkan segala pertuduhan ke atas Adam Adli serta menuntut PerdanaMenteri Najib Razak membuat perubahan dalam akademik dengan memansuhkan AUKU serta memenuhi enam tuntutan Mahasiswa bagi memastikan taraf universiti sebagai tanda aras ketamadunan masyarakat terjamin.

*Kenyataan media oleh Khairul Naim selaku Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.