Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sukak hati kamu le !

Isnin, 26 Disember 2011

Akhirnya Mamat Toyo Terlepas Jugak..??

Meskipun suaminya dijatuhi hukuman penjara setahun kerana rasuah, namun Dr Khir Toyo dan isterinya masih mampu tersenyum ketika keputusan itu dibacakan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat lalu. 
 
Perkara itu membuktikan kes itu hanya sekadar wayang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, kata Timbalan Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

“Ini hanyalah wayang pentadbiran Najib menjelang PRU dan Khir Toyo terpaksa menjadi pilihan beliau untuk dimangsakan kerana skandal ini sukar dibendung.

“Namun kita juga berharap kes rasuah lain turut disiasat segera termasuklah skandal NFC,” katanya kepada Keadilandaily.com hari ini.

Menurutnya, gelagat isteri Khir Toyo yang kelihatan tidak terkesan dengan keputusan itu, seolah menunjukkan beliau yakin suaminya itu akan dibebaskan diperingkat perbicaraan di mahkamah rayuan.

“Sudah tentu ini menimbulkan persoalan dan mungkin beliau menjangkakan suaminya akan dibebaskan pada penghujung kes ini.

“Apapun, kita tunggu perkembangan kes ini selepas ia dibawa ke mahkamah rayuan,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.