Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
 Mengembalikan kegemilangan pemerintahan Islam di negeri Terengganu
 
KUALA TERENGGANU Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, YBM Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, ramai yang bertemu dengan beliau, bertanya soalan yang sama.

Menurutnya, setiap kali beliau berjalan masuk ke kampung-kampung dalam DUN Ladang pasti ada yang bertanya, bilakah pilihanraya umum ke-13 akan berlangsung.

“Ramai orang bertanya bila pilihanranya? Saya tak tahu nak jawab apa, setiap kali jalan, mesti ada orang tanya. Saya kata pasal apa tanya sangat ni?

“Ye (dia) kata tak sabar (nak berpilihanraya) banyak benda nak tengok, nak tengok kerajaan negeri Terengganu bertukar tangan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana PRU13 DUN Ladang yang diadakan d Kuala Ibai, dekat sini, pada Jumaat 23 Disember.

Dato’ Tengku Hassan yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu yakin Putrajaya juga boleh ditawan sekiranya semua pejuang dan penyokong PAS bekerja bersungguh-sungguh dan mematuhi semua arahan serta keputusan.

Baginya yang menjadi wakil rakyat sejak 2008, program khidmat dan kebajikan mesti dilakukan pada setiap hari.

“tidak masa lagi untuk kita menangguhkan, maknanya sekarang ini program mesti berjalan, Dan memang program kita sedang berjalan setiap hari sekarang ini,

“masuk kampung tugas biasa, orang sakit, kita pergi sembahyang hajat, itu pun sudah berjalan,

“hari ini kita membaik pulih markaz kita di kampung Padang Pasir Panjang, kita (saya) pergi cat sendiri, nak beri sedikit tanda bahawa kita (sudah) letak kerja untuk teruskan perjuangan,”jelasnya.

Katanya, Markaz tersebut siap dibaik pulih pada hari itu juga dan sudah siap sedia untuk ‘berperang’ InsyaAllah!

Beliau yang juga bekas Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu berkata negeri Terengganu adalah hak PAS yang dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Semangat kita tinggi, InssyaAllah iman kita kuat, iman kita kukuh, ayuh kita bersama bulatkan tekad kita InsyAllah kita gempur (Umno dan BN),

“Kemudian kita ambil balik lah Terengganu, kerana Terengganu itu adalah hak kita,”tegasnya.

Bahkan, katanya, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam ucapan pertamanya di Balai Penghadapan bertitah, Terengganu patut di kembalikan kepada kegemilangan pemerintahan Islam yang pernah ada di Terengganu pada suatu masa dulu.

“Bahkan, DYMM Tuanku bila berangkat balik dari Kuala Lumpur bersemayam di Terengganu ucapan pertamanya ketika di Balai Penghadapan,

“membuat titah ucapan bahawa Terengganu patut di kembalikan kegemilangan pemerintahan Islam yang perah ada di Terengganu suatu masa dulu,”

“Dan kita (PAS) sedia untuk menggalas, mendokong perjuangan untuk melaksanakan titah Tuanku Sultan mengembalikan kegemilangan pemerintahan Islam dibumi Terengganu Darul Iman ini InsyaAllah,”ujar Dato’ Tengku Hassan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.