Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CHINA YANG HILANG KOMINIS YANG GANAS

Putrajaya serah kontrak landasan berkembar Gemas-JB kepada firma dari China

December 27, 2011
 
KUALA LUMPUR, 27 Dis Putrajaya telah bersetuju untuk menyerahkan kepada syarikat China, berkemungkinan besar Chinese Road and Bridge Corporation (CRBC) dan rakan kongsi tempatan Gamuda Bhd, untuk kontrak pembinaan landasan berkembar keretapi elektrik yang dianggarkan bernilai bilion ringgit — untuk laluan sepanjang 197 kilometer bagi Projek Laluan Elektrik Berkembar Gemas — Johor Bahru (EDTP) berbanding syarikat China Railway Construction Corporation (CRCC), menurut sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, projek itu bernilai antara RM7 dan RM8 bilion selepas diletakkan di bawah semakan semula pertengahan penggal dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan.

Laluan Gemas-JB itu merupakan pakej laluan terakhir untuk EDTP selepas laluan Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas.

“Putrajaya telah bersetuju untuk memilih CRBC selepas beberapa saat akhir melobi,” menurut sumber berkenaan kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, satu sumber lain menjelaskan, penganugerahan projek berkenaan bakal menyulitkan hubungan Putrajaya-Beijing kerana hanya CRCC yang mempunyai kelayakan untuk tender berkaitan pembinaan landasan keratapi di luar negara.

“Keputusan telah dibuat, dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” menurut sumber berkenaan.

Putrajaya dan Beijing mempunyai hubungan politik dan perniagaan yang akrab dengan China mengimport minyak kelapa sawit dan juga komoditi lain yang didagangkan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Asean-China.

Bagaimanapun, Jambatan Pulau Pinang Kedua tidak melihatkan penurunan USD800 juta pinjaman mudah daripada Beijing, malahan Putrajaya turut menolak bidaan sebuah firma China untuk pembangunan semula tanah Penjara Pudu.

“Namun projek Gemas-Johor Bahru EDTP kebiasaannya akan melibatkan syarikat dari China,”menurut sumber berkenaan.

Projek berkenaan termasuk membina landasan lurus sejauh 200 km, termasuk stesen, depot, jambatan, dan sistem elektrik, isyarat dan komunikasi. Ia termasuk penjajaran semula antara seksyen Pulau Sebang, Melaka ke Gemas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha Julai lalu berkata lakaran laluan Gemas-Johor Bahru berada diperingkat akhir tetapi beliau enggan menyatakan sama ada tender berkenaan akan diserahkan kepada syarikat asing apabila siap menjelang hujung tahun ini.

Menurutnya, EDTP di kawasan utara dijangka siap menjelang hujung 2013 dan laluan ke Johor pada 2016.

Projek landasan keretapi berkembar menjadi minat yang besar terhadap Malaysia kerana ia merupakan sebahagian daripada laluan terbesar Trans-Asia antara Singapura dan China.

Pada May 2009, Global Rail Sdn Bhd, sebuah kontraktor kecil dan rakan kongsinya dari China, China Infraglobe menyerahkan kertas kerja kepada Putrajaya untuk membina dan menaik taraf laluan Gemas-Johor Bahru pada kos RM5 bilion.

The Business Times melaporkan, projek berkenaan di bawah pelan Inisiatif Pinjaman Persendirian (PFI) dan rancangan berkenaan diserahkan kepada Kementerian Kewangan pada Jun 2009 dengan bersyarat perjanjian hak galian di negeri Johor.

Menurut Kong pada Januari lalu, kerajaan berharap untuk melantik kontraktor pada tahun ini dan Malaysia masih lagi dalam perbincangan dengan CRCC tapi masih belum mendapat pengesahan lanjut.

Menurutnya lagi, dua kontraktor telah dilantik, iaitu perunding rekaan dan badan semakan bebas untuk memantau perjalanan projek berkenaan.

Pembinaan laluan sepanjang 197 km itu dianggarkan menelan belanja antara RM6 dan RM7 bilion, akan mengambil tiga tahun, menurut laporan akhbar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.