Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Najib umum dana RM5 juta terbit karya penulis muda

December 17, 2011
 
KUALA LUMPUR, 17 Dis Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM5 juta yang disalurkan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi penerbitan buku terutamanya karya asli penulis muda.

Perdana Menteri berkata peruntukan itu akan disalurkan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun dan yakin karya asli penulis dapat diterbitkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Katanya, bagi merealisasikan matlamat itu secepat mungkin, ITBM akan ditingkatkan mandatnya untuk menerbitkan karya asli penulis selain berfungsi sebagai agensi teraju dalam bidang penterjemahan.

“Ini turut melibatkan penjenamaan baru institut itu kepada ITBM (asalnya Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM),” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) malam tadi.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf Rumah Pena.
Majlis itu turut menyaksikan penganugerahan Tokoh Pena kepada bekas Presiden Pena Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain sebagai menghargai sumbangannya semasa menerajui persatuan itu, lapor Bernama Online.

Dalam ucapannya, Najib juga meminta penulis muda mencorak minda masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap Malaysia melalui sastera berasaskan kepelbagaian 1 Malaysia.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.