Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Sedap!! Klik gambar di atas!

"Hassan Ali jadi ketua ular dalam semak Perkosa?"

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali beria-ia mempelawa Datuk Dr Hassan Mohamed Ali menyertai pertubuhan carpab yang dipimpinnya itu. Masa makan kambin kat restoran Ustaz Hamzah (gambar restoran yang di atas tu hampa klik kalau nak tau dan alhamduliLlah, sedap), peguam Zul Hazmi dok ratib-atib dah yang Dr Hassan mungkin akan dipelawa menjadi Ketua Dewan Ulama Perkasa.

Secara peribadi, saya tak fikir Dr Hassan akan keluar PAS dengan mudah. Harga dia sekarang dah jatuh merudum apabila Haji Saari Sungib mendedahkan Dr Hassan tak cukup pencalonan di Gombak. Yang sebenarnya Saari dah cukup bersantun bila dia kata Mamat tu tak cukup pencalonan. Saya dengar dari banyak sumber yang menyatakan Dr Hassan tak dak pencalonan langsung.

Walaupun gerombolan pemimpin PAS yang tidak ada maruah dan berkendak dalam gelap dengan Umno tak nak iktiraf, hakikatnya dengan tak sengaja Saari telah berjasa besar kepada partinya apabila dia berjaya menjadikan Dr Hassan hilang pertimbangan dan mengamuk sakan la ni - tindakan yang sebenarnya merupakan tindakan disiplin ke atas dirinya sendiri. Macam saya kata, Saari tak sengaja telah terscore gol. Maka histerialah Dr Hassan apabila kenyataan Saari itu menelanjangkan kepada dunia harga sebenar Dr Hassan yang tidak lebih bernilai dari kupang tembaga atau duit seduit dalam konteks pencalonan yang Saari sebut itu.

Dengan harga yang tidak lebih bernilai dari kupang tembaga itu, saya tidak nampak Umno beria-ia berminat kepada Dr Hassan.

Sebab lain pula, baca berita FMT 22/11/12 "'Umno wants rebel leader to remain in PAS'". Baca juga posting Nota Merah bertajuk "Firaun berjaya nasihat Musa, Harun" yang antara lain mengkisahkan "Pihak PM sendiri menasihat pihak Nasharuddin dan Dr Hasan supaya tidak meninggalkan PAS..."

Dalam Perlembagaan PAS, seseorang itu terpecat dengan sendirinya apabila masuk parti lain. Dr Hassan pula, menurut Datuk Mustafa Ali, lebih berguna kepada Umno kalau dia tak keluar PAS. Di sinilah saya rasa pilihan terbaik yang ditawarkan kepada Dr Hassan oleh Ibrahim. Perkasa bukan parti politik walaupun main politik ala main taik.

Susah nak pecat Dr Hassan kalau dia sekadar masuk Perkasa. Mungkin juga Dr Hassan boleh memainkan peranan seperti yang disebut oleh peguam Zul, iaitu sebagai Ketua Dewan Ulama Perkasa. Tetapi, Dr Hassan bukan ulama dan kalau dengar ucapan-ucapannya pun kita tahu dia memang tak dak ilmu. Main retorik ja macam Perkasa main politik ala main taik.

Harap-harap tidaklah nanti orang tertanya-tanya "Hassan Ali jadi ketua ular dalam semak Perkosa?"

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.