Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HASSAN ALI BORN TO BE KUDA TEMPANG

PEMUDA PAS SELANGOR TAK PERLU NASIHATKAN HASSAN ALI, KAN DIA PAKAR MOTIVASI ? PEMUDA PAS SELANGOR SIAPA PADA HASSAN ALI ?

“Jangan jadi kuda tunggangan Umno-BN” kata Pemuda PAS Selangor kepada Hasan Ali

January 17, 2012
 
KUALA LUMPUR, 17 Jan Dewan Pemuda PAS Selangor menasihatkan Datuk Dr Hasan Ali agar “muhasabah diri” tentang pemecatannya dan bukan menyalahkan orang lain sehingga sanggup mendakwa wujud “parasit” dalam parti Islam itu.

Sayap pemuda parti itu juga menasihatkan Hasan agar memohon maaf kepada kepimpinan PAS dan jangan sesekali menggadai maruah diri dan menjadi kuda tunggangan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Janganlah disebabkan oleh kehilangan jawatan dan kuasa menyebabkan maruah diri sanggup digadaikan dan diperkudakan oleh Umno-BN,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS negeri sepatutnya menerima keputusan pemecatannya dengan hati terbuka.

“Sekiranya wujud parasit dalam PAS seperti yang disebut (Hasan), maka sewajarnya beliau membuat laporan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk diambil tindakan susulan dan bukannya menjaja di dada-dada akhbar semata-mata untuk mengharapkan simpati.

“Sebagai orang yang pernah memegang jawatan tinggi di dalam PAS dan berpengalaman sebagai seorang ahli motivasi, Datuk Hasan sepatutnya berjiwa besar untuk menerima teguran dan keputusan parti serta mengikut prosedur parti untuk merayu keputusan pemecatan beliau,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Sany menambah: “Tetapi beliau (Hasan) telah menunjukkan belang sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh dikawal oleh peraturan parti.”

Semalam Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar tentang pemecatannya selain mahu mendedahkan kumpulan “parasit” dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Kata Hasan, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Hasan dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

Ekoran pemecatan daripada PAS, Hasan turut digugurkan daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Pengganti Hasan untuk jawatan exco akan diumumkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

1 orang berkata:

1Crony said...

Beruk jantan bantut ini juga perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat yang dipilih atas tiket PAS. Itu pun kalau masih ada "kemaluan", selalunya beruk jantan akan kencing dahulu, baru dia lari...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.