Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESIAN ! DIA MASIH SANGKA ORANG SUKA DENGAN DIA !

Selasa, 17 Januari 2012

Pemuda PAS Selangor sedia jawab tuduhan Hasan Ali

Timbalan Ketua Pemuda, Mohd Sany Hamzan menyifatkan tindakan Adun Gombak Setia itu menjelajah seluruh negeri akan mendapat cemuhan.
 
PETALING JAYA: PAS Selangor tidak akan berdiam diri malah bersedia untuk menjelajah ke seluruh negeri itu bagi menjawab segala fitnah yang bakal dilemparkan oleh  bekas pemimpinnya, Datuk Dr Hasan Ali.

Dewan Pemuda PAS Selangor akan berbuat demikian sekiranya Dr Hasan masih bertindak untuk memperlekeh dan menghentam parti itu secara terbuka.

Timbalan Ketua Pemuda, Mohd Sany Hamzan menyifatkan tindakan Adun Gombak Setia itu dengan menjelajah seluruh negeri kononnya untuk membela diri dan mendedahkan parasit hanya akan mendapat cemuhan.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat tindakan Datuk Hassan ingin ‘menjelajah’ seluruh negeri dan negara untuk ‘membela’ diri dan ‘mendedahkan parasit’ yang menyebabkan beliau dipecat hanya akan mendapat cemuhan dan cercaan masyarakat serta menghilangkan hormat rakyat kepada beliau kerana rakyat telah mengikuti kronologi pemecatan beliau dan telah ‘mengenali’ siapa Dr Hassan  yang sebenarnya.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak akan berdiam diri malah bersedia untuk ‘menjelajah’ seluruh negeri Selangor untuk menjawab tohmahan dan fitnah Datuk Hassan terhadap PAS sekiranya beliau masih lagi memperlekehkan dan menghentam PAS secara terbuka.

“Kami berharap semoga Datuk Hassan akan menyedari kesalahan dan kesilapan yang telah beliau lakukan terhadap parti PAS dan memohon maaf kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS di atas segala ketelanjuran dan keceluparan beliau sebelum ini.
 
Janganlah disebabkan oleh kehilangan jawatan dan kuasa menyebabkan maruah diri sanggup digadaikan dan diperkudakan oleh Umno-Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fitnah parasit
 
Mohd Sany turut menasihati Dr Hasan agar muhasabah diri sehingga membawa tindakan beliau dipecat dan bukannya meletakkan kesilapan itu pada orang lain sehingga mewujudkan fitnah parasit.

Katanya jika wujud parasit dalam PAS seperti yang diperkatakan, maka sewajarnya Hasan Ali melaporkan hal itu kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Sewajarnya Datuk Hassan membuat laporan kepada Presiden PAS untuk di ambil tindakan susulan dan bukannya ‘menjaja’ di dada-dada akhbar semata-mata untuk mengharapkan simpati masyarakat.

“Sebagai orang yang pernah memegang jawatan tinggi di dalam PAS dan berpengalaman sebagai seorang ahli motivasi, Datuk Hassan sepatutnya berjiwa besar untuk menerima teguran dan keputusan parti serta mengikut prosedur parti untuk merayu keputusan pemecatan beliau. Tetapi beliau telah menunjukkan ‘belang’ sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh ‘dikawal’ oleh peraturan parti,” katanya.

Semalam dalam sidang media di kediaman beliau, Dr Hasan  yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata akan mendedahkan identiti kumpulan yang digelar parasit itu dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.