Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HU,HU,HU TADI PAGI PAK KARAMU BEDAL MD ALWI, LA NI NIK AZIZ PULAK BEDAL DIA

Thursday, January 12, 2012


Nik Aziz: Usah campur urusan Pas

Nik Aziz
KOTA BHARUMursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan Barisan Nasional khususnya Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Md Alwi Che Ahmad agar tidak mencampuri urusan parti itu.

Menurutnya, Alwi tidak berhak membuat desakan supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dipecat atas alasan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno kerana Islam jelas membenarkan sebarang pertemuan di buat demi kepentingan agama.

“Dia orang Umno, Pas parti lain. Tidak usah campur hal orang lain. Sebab kalau kita campur hal orang nanti orang akan turut campur hal kita.

“Jumpa dengan sesiapa sekalipun Islam sentiasa memberi peluang. Lebih-lebih lagi dengan orang bukan Islam, apatah lagi orang Pas jumpa Umno. Dengan cara ini kita beri peluang kepada orang itu mengenali Islam,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri itu supaya Majlis Syura Pas yang diketuai Nik Aziz turut memecat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana membelakangi parti itu seperti yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Md Alwi dilaporkan berkata, Abdul Hadi datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Bagaimanapun, beliau mendakwa, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.