Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RASUL SEKALIPUN MEWAKILI AGAMA YANG DIBAWANYA, HASSAN ? ILEKKKK !

HASSAN ALI BUA ROAD SHOW ATAS NAMA DIRI SENDIRI NANTI ADA ORANG KATA DIA DAH GILA, DIA BUKAN MEWAKILI MANA-MANA PARTI ATAU PERTUBUHAN, SIAPA AGAKNYA NAK DENGAR CERAMAH DIA ? PERKASA ? PEKIDA ? UMNO ? ATAU MANA-MANA NGO ?

ANDAINYA ADA YANG MAHU MENDENGAR TENTULAH MEREKA-MEREKA ITU MEMBODOHKAN DIRI ATAU DIBODOHKAN OLEH HASSAN ALI, LAINLAH JIKA DIA MEWAKILI MANA-MANA PERTUBUHAN,  MUNGKIN ADA YANG MAHU MENDENGARNYA

Rabu, 18 Januari 2012

Road Show Hasan Ali : Ulasan Menarik Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU - Pas tidak bimbang dengan cadangan jelajah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
 
Beliau berkata Hasan kini bukan lagi anggota Pas dan beliau boleh berbuat apa sahaja yang bukan atas nama parti itu.

"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa sahaja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi anggota Pas," kata Nik Abdul

Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari Pas.

Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat lima anggota Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.


Dalam pada itu Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Selangor yang baru menggantikan Hasan.


Sebelum digugurkan Hasan memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.