Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS LEBIH TERBUKA

PRU-13: PAS Pahang turut calonkan muslimat

Khairil Abdul Rahim   
TEMERLOH, 5 Jan: PAS Pahang turut menyenaraikan calon di kalangan muslimat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, senarai calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen sudah dikemukakan kepada PAS Pusat.

Menurutnya, bagi setiap Dun dan Parlimen, tiga nama calon disenaraikan PAS Pahang, bagi tujuan PAS Pusat membuat pertimbangan dan pemilihan muktamad.

“Dalam senarai itu, ada beberapa nama calon muslimat yang turut dikemukakan dan segalanya terserah kepada Pusat untuk mempertimbangkannya.

“Setakat ini, jentera dan bilik gerakan Unit Pusat Mengundi (UPU) sudah diarahkan untuk bersiap sedia lebih awal memandangkan tarikh PRU sudah hampir,” katanya kepada media semalam.

Difahamkan, PAS bertanding 25 daripada 43 kerusi Dun Pahang dan selebihnya akan ditandingi oleh PKR dan DAP secara satu lawan satu menentang BN atas semangat Pakatan Rakyat.

Pada PRU 2008, PAS Pahang meletakkan calon tunggal muslimat di Dun Luit, iaitu Ketua Muslimatnya Azizah Khatib Mat.

Mengenai peluang, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, berkata PAS Pahang meletakkan harapan agar berlaku perubahan politik di Pahang berdasarkan isu-isu semasa, gelombang kebangkitan rakyat dan kerja keras jentera penerangan.

“Insya Allah dan kita harapkan perubahan angin politik dapat dicapai dalam PRU nanti,” katanya.

Tambahnya, dalam situasi sekarang PAS dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar untuk mara berdasarkan beberapa faktor antaranya sokongan golongan muda, pencapaian maklumat dan kelemahan ketara kerajaan negeri.

“Jadi Pakatan yang sudah ada empat kerusi Dun dan dua parlimen memang berpotensi besar asalkan jentera pilihan raya segenap peringkat terus bekerja keras terutama memberi penerangan kepada golongan luar bandar yang selama ini termakan umpan media BN,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, manifesto peringkat negeri juga akan dikeluar dan diedarkan tidak lama bagi menjelaskan tawaran-tawaran PAS Pahang kepada rakyat negeri ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.