Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUNDA LAGI PILIHANRAYA SBB ADA SKANDAL MENTERI UMNO ?

Wednesday, January 4, 2012


Akibat Skandal 2 Menteri: Najib Tunda PRU 13




Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dijangka merombak semula kabinetnya awal bulan ini dan menunda pilihan raya, yang sebelum ini diramal diadakan tidak lama lagi.

Ini berikutan skandal melibatkan sekurang-kurangnya dua menterinya. Difahamkan pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri berpotensi dan dilihat sebagai 'orang' Datuk Seri Najib bagi menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

'Najib memerlukan lebih ramai orangnya di kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya,' kata seorang sumber Umno sambil merujuk kepada skandal yang menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



Group Kerajaan Rakyat di: di sini



Beberapa pemimpin Umno secara terbuka telah mendesak Datuk Seri Shahrizat supaya meletak jawatan ekoran siasatan ke atas syarikat keluarganya, National Feedlot Corporation (NFC).



Laporan audit menyatakan RM63,650 ($26,093) daripada Lembaga Zakat disalahgunakan olih Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua pegawainya bagi kos guaman apabila Datuk Seri Anwar menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan qazaf.

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa Datuk Seri Najib bakal membubarkan parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari ini dan pilihan raya diadakan pada Mac, empat, dan bukan lima, tahun selepas pilihan raya umum 2008.

Difahamkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti bagi pilihan raya pada Mac. Bagaimanapun, sumber lain Umno menyebut bahawa parti itu belum bersedia bagi pilihan raya.

'Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang,' kata sumber itu.

Sumber berkenaan turut menyatakan hanya mantan menteri besar Terengganu yang juga ketua Umno negeri itu, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara terbuka tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

'Kebanyakan menteri menjangkakan mereka akan dipilih dan menang. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan bekerjasama, seperti yang berlaku pada 2008,' kata sumber itu.

Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 apabila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.

Akibatnya, Perdana Menteri yang juga presiden Umno ketika itu, Tun Abdullah Badawi, meletak jawatan selepas setahun memerintah dan menyerahkan pentadbiran kepada Datuk Seri Najib.

'Skandal-skandal terbaru ini tidak akan membantu. Najib merupakan seorang yang berhati-hati,' kata sumber parti tersebut. -- Agensi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.