Di Sabah, isu pendatang asing tanpa izin penentu masa depan
February 22, 2012
KOTA KINABALU, 22 Feb — Tukang perahu Idris (bukan nama sebenar) telah menghabiskan sepanjang hidupnya di kelilingi pendatang tanpa izin kawasan petempatan yang jauh ketinggalan di sebelah timur Pulau Gaya, yang terletak seminit dari Kota Kinabalu.
Tetapi tidak seperti kebanyakan jiran-jirannya, anak kelahiran Malaysia berusia 31 tahun ini tidak perlu menghabiskan sebahagian besar pendapatan bulanan semasa pegawai Jabatan Imigresen datang ke kawasan itu.
Apa yang berlaku bukan perkara baru kepada dirinya dan penduduk di sana menambah purata untuk membeli kebebasan sementara adalah RM200.
“MyKad? Mereka tidak perlu menunjukkan MyKad. Wang adalah MyKad mereka,” kata Idris dengan lembut kepada The Malaysian Insider.
Idris berkata sekurang-kurangnya 70 peratus peneroka di Kampung Lok Urai dan Kampung Pondo di Pulau Gaya merupakan pendatang asing yang kebanyakannya mempunyai pas lawatan sosial namun tinggal melebihi tempoh.
Terdapat kira-kira 400 rumah kayu di pantai Pulau Gaya, tambahnya. Pendatang tanpa izin kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, kata Idris, dan memperoleh pendapatan lebih kurang RM500 sebulan atau “jika bernasib baik”, Tetapi katanya ia cukup untuk membuat bayaran “jika ada operasi”.
“Bagi saya, saya membawa orang kampung ke rumah mereka atau bandar... saya juga membuat kerja kontrak dan sekali-sekala membantu kakak saya membawa penumpang feri menggunakan vannya.
“Kalau keadaan baik, saya boleh mendapat sebanyak RM1,000. Tetapi paling kurang kira-kira RM700,” kata bapa lima anak, empat daripadanya masih bersekolah.
Kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah telah menjadi masalah utama di negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dan seperti biasa dipersalahkan sehingga menyebabkan masalah pergaulan, ekonomi dan masalah keselamatan yang menyusahkan penduduk tempatan.
Berdasarkan jawapan diberikan di Parlimen tahun lalu, populasi penduduk Sabah seramai 651,304 pada 1970 dan bertambah kepada 929, 299 sedekad kemudian. Tetapi dalam tempoh dua dekad selepas 1980, penduduk negeri itu meningkat dengan mengejut iaitu seramai 1.5 juta rakyat, menjelang 2000 angka itu mencecah 2,468,246.
Laporan media berkata sejak 2010, jumlah itu semakin berkembang mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak 27 peratus atau 889,799 orang.
Menjelang pilihan raya umum ke-13, ahli politik merentasi sempadan pantas menggunakan isu itu, menjadikan ia isu politik yang boleh menjadi faktor penentu masa depan politik Sabah.
Pemimpin pembangkang menentang kerajaan BN ekoran populasi yang mengejutkan itu, menuduh pendatang tanpa asing dibenarkan masuk dan diberikan MyKads dan hak mengundi untuk membantu pemerintah terus berkuasa.
“Ini adalah perkara terburuk kerajaan telah lakukan hanya untuk kekalkan kuasa mereka, mereka sebenarnya memusnahkan keadaan,” kata Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) kepada The Malaysian Insider sebelum ini.
Parti pembangkang berasaskan Sabah juga menggunakan isu itu untuk melengkapkan tema “Sabah untuk rakyat Sabah” dengan menyalahkan kerajaan BN mengenai kemasukan ramai warga asing.
Bagi parti BN Sabah, menyelesaikan masalah itu penting bagi mereka membuktikan mereka tidak akur dengan rakan komponen dari semenanjung, Umno — satu perkara yang perlu menjadi keutamaan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat Sabah.
Awal bulan ini, BN Sabah yakin memperoleh kemenangan apabila Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan dusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan bahawa Kabinet pusat bersetuju untuk membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengkaji masalah pendatang tanpa izin.
“Ini adalah apa yang rakyat Sabah mahu lihat sejak beberapa tahun lalu. Saya membangkitkan isu RCI dalam Kabinet sekurang-kurangnya tiga kali tetapi tiada sebarang keputusan.
“Saya bangkitkan isu ini semula dalam mesyuarat Kabinet terakhir (pada 8 Februari) dan Kabinet Persekutuan membuat keputusan... perdana menteri akan uruskan dengan yang lain,” katanya memetik Bernama Online.
Tetapi mengumumkan menteri itu tidak meyakinkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan pembentukan RCO semasa lawatan kerja ke negerin itu minggu lalu.
Dilihat sebagai percubaan untuk mengawal keadaan, Dompok menjelaskan perdana menteri hanya akan mengumumkan perkara itu “pada masa yang sesuai”.
Tetapi media menggambarkan tindakan Najib itu sebagai “tamparan hebat” kepada parti BN Sabah, memberikan pembangkang alasan bahawa ia sering digunakan untuk patuh keputusan Umno.
Dalam temubual baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Yee Moh Chai, bagaimanapun, berkata alasan itu ditolak.
Ahli politik veteran itu mendesak parti-parti berasaskan Sabah dalam BN untuk bertegas agar mengikut apa yang mereka mahu, terutamanya tentang isu RCI. Beliau mendakwa perkara itu akhirnya hampir diselesaikan selepas setahun berdepan tekanan dari BN.
“Ini bukan perkara baru dalam objektif parti kita. Malah sejak dulu, manifesto parti kita mengutamakan perkara ini.
“Kita sekarang berada di satu peringkat yang kami letakkan harapan, lebib atau kurang kami di sana. Kami konsisten... kami perlukan ia (RCI), anda tahu,” katanya.
Dr Yee mengakui Umno bergantung kepada sebahagian besar kepada kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak untuk terus memegang kuasa pemerintahan tetapi tidak boleh berkata apa-apa jika parti BN Sabah menggunakannya sebagai “cip tawar-menawar” untuk mendapatkan hak mereka.
“Bagaimana anda tahu kami belum gunakannya? Ini adalah apa yang saya mahu beritahu anda... bagaimana saya perlu katakan kepada anda?
“Bagaimana kami perlu buat untuk mendapat apa yang kami mahu? Tetapi kami tidak perlu tunjukkan kepada dunia bagaimana kami lakukan... kami datang dari keluarga yang besar dan hubungan yang kuat,” katanya.
BN menguasai 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 57 dari 60 kerusi negeri. DAP mendapat satu kerusi negeri dan pusat sementara SAPP, bekas gabungan BN memperoleh dua kerusi setiap satu.
0 orang berkata:
Post a Comment