Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Berjuang jangan takbur !!! Cakap tu biar berlapik !

Sunday, February 26

MB Azizan ni dok kira HAK dia ja...

Azizan: Saya Ada Hak Lantik Exco Tanpa Rujuk Presiden Parti

ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azizan berkata, beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.


“Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidang kuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.


“Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau,” katanya kepada pemberita malam ini.


Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima
Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua Exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.


“Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana.


Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul,” katanya.


Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.


Dua Exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk
Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Kedua-dua Exco tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.


Majlis pelantikan anggota Exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.-
SPR

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.