Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KOMEN SINIS MAHADHIR MUHAMMAD

IALAH ! KENALAH SIASAT SEMUA ! TU DUIT RAKYAT

Rabu, 29 Februari 2012

Siasat juga semua Tun, kata Dr Mahathir..ha..ha...melantun le semuanya..!!!

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.


"Bukan sahaja saya... semua Tun mesti diaudit. Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," bidas beliau semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang yang menuntut audit dijalakan berhubung kerugian hampir RM100 bilion dana awam yang didakwa Lim berlaku sepanjang tempoh Mahathir menjadi perdana menteri.

Lim - dalam satu kenyataan 24 Februari lalu - berkata langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran (daripada skandal yang lalu)".

Katanya, rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis Dr Mahathir (kanan) yang menjustifikasikan tindakan kerajaan menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir) bersara.

Lim menyifatkan alasan Mahathir sebelum ini untuk menerangkan tindakan menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagai "logik sesat".

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.