Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penganjur anti-Lynas langgar syarat permit, kata polis

February 26, 2012
Orang ramai memegang kad bantahan semasa Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, 26 Feb 2012. — Foto Reuters
KUANTAN, 26 Feb — Penganjur perhimpunan anti-Lynas telah melanggar beberapa syarat permit polis, kata  Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusof.

Beliau mengatakan peserta telah bergerak beramai-ramai menuju ke lokasi perhimpunan bersama pemimpin pembangkang dan membawa kanak-kanak di bawah 15 tahun, yang mana ia bertentangan dengan garis panduan yang dipersetujui Himpunan Hijau 2.0.

Ucapan politik juga diadakan manakala kain rentang dan sepanduk mengutuk kerajaan dibawa beberapa peserta, tambahnya.

Kami akan memanggil penganjur untuk berbincang tentang pelanggaran syarat ini. Dalam mesyuarat sebelum membenarkan perhimpunan diadakan, penganjur bersetuju dengan syarat kita.

Kita akan kaji semula kelulusan ini untuk perhimpunan pada masa akan datang bagi memastikan semua syarat dipatuhi,” kata Mohd. Jasmi di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, lokasi perhimpunan aman itu.

Beliau menambah polis mengawal keadaan dengan baik dan perhimpunan berjalan dengan lancar.

Mohd. Jasmi berkata tiada jalan ditutup dan kira-kira 300 anggota polis termasuk FRU telah ditempatkan sepanjang dua jam perhimpunan itu berlangsung.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.