GAMBAR SEKITAR DEMO HARI INI!!!
Persimpangan Jalan Gambut - Jalan Bukit Ubi Dikawal Polis
Ribuan orang dijangka akan menyerbu Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 sebelum bergegas ke satu lagi perhimpunan aman anjuran pembangkang.
Kali ini bagi membuat bantahan terhadap penangkapan Ustaz Badrol Amin yang dikatakan berkhalwat dengan isteri orang semalam.
Sambutan memberangsangkan dijangka selepas Polis memberi lampu hijau untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di Padang MPK 4 bermula 9.30 pagi.
Perhimpunan itu merupakan demonstrasi pertama sejak Akta Perhimpunan Aman dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.
Ianya dengan tujuan menekan kerajaan agar membatalkan tuduhan yang dibuat terhadap pemimpin PKR itu semalam. Perhimpunan serentak juga diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Sabah.
Ronnie Liu Juga Turut Hadir Buat Bantahan |
Perhimpunan hari ini sebagai bantahan terhadap penahanannya pada 24 Februari, yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Pahang.
Bantahan secara besar-besaran ini jika berjaya akan menjadi simbolik berterusan kebangkitan gerakan rakyat sejak pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
0 orang berkata:
Post a Comment