Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NANTI BILA GEMPA BUMI DAN KETIRISAN YANG MAMPOS BANGSA MELAYU

BELAJARLAH APA YANG TERJADI DI JEPON, JANGAN NAK KIRA UNTUNG SAJA



Kalau benar selamat, kenapa Lynas bina kilang di Pahang?..bina sahaja lah di Aus
Posted on Monday, February 27 @ 22:02:34 MYT by paktam
Oleh Aspan Alias

Kerajaan patut membatalkan niat untuk meneruskan pembangunan pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Advhttp://www.therocket.com.my/en/wp-content/uploads/2011/08/projek-Lynas.jpgance Material Plant (Lamp), di Gebeng, Kuantan. Pemberhentian kerja pembinaan ini sepatutnya menjadi isu yang paling besar yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Ini merupakan fokus rakyat dan secara keseluruhannya rakyat mahukan kilang pemprosesan nadir bumi di tutup serta merta.


Kerajaan patut merasakan denyut jantung rakyat dan tidak boleh mengambil ringan terhadap isu ini semata-mata kerana kepentingan beberapa orang yang berpengaruh di negara ini atau di Pahang khususnya. Biarlah berpuluh billion pun pendapatan yang di katakan akan diperolehi oleh negara, tolaklah operasi kilang pemprosesan nadir bumi ini. 
 
Carilah jalan atau perniagaan yang lain untuk dibina di Pahang ini bagi membangunkan negeri itu. Biarlah pembangunan sesebuah negeri itu tidak di cemari dengan bahaya pencemaran yang sangat merbahaya ini.

Nadir bumi yang dibawa masuk dari Australia ini membawa banyak persoalan yang mudah mendapat jawapannya. Kita tidak tahu apa sebenarnya penyebab yang kerajaan berkeras untuk meneruskan usaha pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi ini. Apabila nadir bumi dibawa masuk ke negara ini, sedangkan Australia yang mempunyai negara yang sangat besar itu mempunyai 2/3 keluasan bumi mereka yang tidak boleh didiami itu tidak mahu membina kilang pemprosesan nadir buminya sendiri.

Kalau Australia yang mengeluarkan nadir bumi itu tidak sanggup untuk membina kilang pemprosesan itu, kenapa negara kita yang sekecil ini sanggup menerima ‘export’ barangan merbahaya ini ke negara kita? Jika Lynas Australia mengatakan yang kilang itu selamat dan tidak akan mengeluarkan radiasi diudara kita, kenapa mereka mahukan dan berkeras untuk membinanya di Kuantan? Kenapa sanggup berbelanja berbillion-billion ringgit untuk mengeksportnya ke Kuantan dan menyebabkan rakyat kita keluh resah dengan kehadiran kilang ini di Gebeng?

Saya difahamkan yang tidak ada sebuah negara Afrika pun yang sanggup menerima nadir bumi dari Australia ini kerana mereka tahu dalam jangkamasa panjang ia akan merbahayakan kehidupan rakyat mereka. Dalam ratusan buah negara yang berkerajaan di dunia ini tidak ada negara yang mahukan kilang pemprosesan nadir bumi ini di bawa masuk ke negara mereka. Kenapa pula kita yang bersedia menerimanya? Banyak pendapat yang saya dengar kenapa kerajaan kita sanggup menerima dan membina kilang pemprosesannya di sini. Diantaranya ada pihak yang telah menerima wang besar untuk memudahkan Lynas membina kilang ini.

Kalau ini sebabnya maka ia lagi satu bukti yang rasuah itu boleh menjadikan pemimpin kita hilang pertimbangan dan akan melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral asalkan sahaja mendapat wang yang berkepul-kepul. Sekarang ini kita masih beruntung kerana ada pihak yang sedar dan insaf dan memberikan kesanggupan untuk mengadakan ‘rally’ membantah pembinanaan kilang itu.

Ia menunjukkan aspirasi rakyat yang sebenarnya dan jika kilang ini masih juga di teruskan maka rakyatlah yang akan membuat perhitungan kali ini. Rakyat sedar mereka adalah dari gulungan bawahan dan tidak ada mana-mana lagi negara tempat mereka berlindung. Tidak seperti mereka yang telah menerima wang brkepul-kepul tadi, mereka boleh mencari negara dan tempat lain untuk hidup senang lenang pada masa-masa yang akan datang.

Kita berharap pemimpin-pemimpin yang berkuasa supaya berkorbanlah kali ini untuk rakyat. Jika ada yang telah menerima wang sogokan, pulangkanlah balik kepada empunyanya dan hentikanlah kilang ini. Janganlah berniaga di atas perasaan rakyat. Hormatilah pandangan rakyat kali ini. Kalau selama ini tidak ada perasaan terhadap keresahan rakyat, kali ini belajar-belajarlah untuk berbuat baik kepada rakyat yang sedang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi ini.

Hormatilah semangat demokrasi kita. Hentikanlah sikap angkuh dan sombong itu sehinggakan tidak mempedulikan perasaan rakyat khususnya disekitar kilang serta daerah-daerah yang bersekitaran kilang ini.

Pergi tanya kepada mereka di Australia itu, jika benar kilang ini selamat kenapa tidak bina sahaja di Negara mereka yang luas itu, yang siap dengan padang pasir yang hampir memakan keluasan 50 peratus dari keluasan negara itu? Kenapa pilih Gebeng? kenapa pilih Malaysia? Mentang-mentanglah di negara ini senang untuk berunding asalkan ada ‘fulus’ janganlah ambil kesempatan di atas kelemahan pemimpin kami di sini.

Himpunan Hijau yang diadakan semalam di Kuantan itu merupakan kemuncak dari rungutan rakyat yang tidak diberikan perhatian oleh pemimpin dan parti yang memerintah. Sekalung tahniah kepada YB Fauziah Salleh, ahli parlimen Kuantan yang telah tidak berhenti-henti memperjuangkan nasib masa depan rakyat Kuantan dan sekitarnya sejak tindakan Lynas ini membina kilang pemprosesan nadir bumi ini diluluskan oleh kerajaan ini.

Semoga YB mendapat hidayah dan sentiasa berada didalam perlindungan Tuhan Maha Esa. YB mesti faham, diakhir zaman ini amat payah untuk memperjuangkan kebaikan. Laluilah kesusahan ini dengan tenang. Hanya kesabaran sahaja yang akan membuahkan kejayaan untuk mempastikan keselesaan dan kesihatan rakyat dan generasi yang akan datang tidak dikorbankan oleh gulungan kapitalis yang tidak berperikemanusiaan ini.

Jika rakyat tidak mahu generasi kita menghadapi risiko yang amat merbahaya ini, hanya satu jalan sahaja untuk mempastikan kilang pemprosesan nadir bumi ini dihentikan, iaitu dengan menolak parti yang menganjurkan projek ini pada pilihanraya yang akan datang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.