Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RM4 bilion di belanjakan; Ketengah gagal majukan wilayah Terengganu


- Waris akan hantar Memorandum pada 27 Mac 2012
KEMAMAN
– Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) gagal melaksanakan fungsi sebagai pemaju kawasan-kawasan yang diamanahkan dibawah penubuhannya sejak diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73.

Menurut Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris), Ustaz Haji Roslan Ismail, separuh daripada keluasan negeri Terengganu seluas 650,000 hektar, diletakkan dibawah Wilayah Ketengah.

Namun, beliau berkata, setelah 40 tahun berlalu, purata pendapatan penduduk Ketengah hanyalah sebanyak RM500 sebulan.

“650,000 hektar tanah dikuasai, diletakkan dibawah wilayah Ketengah membentuk lebih kurang satu perdua negeri Terengganu merangkumi hulu Kemaman, hulu Terengganu dan Tasik Kenyir,

“secara umumnya pendapatan (penduduk Ketengah) dibawah RM500,”Ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Waris Bersama Mahasiswa yang diadakan di Chukai, pada Sabtu 25 Februari.

Menurutnya, sebanyak RM100 juta setahun dan RM4 bilion wang rakyat sehingga kini telah dibelanjakan di Tasik Kenyir dan seluruh wilayah, Ketengah masih gagal menjana ekonomi para penduduk.

Beliau mendakwa, Ketengah sebaliknya menjadi ‘konglomerat’ Ketengah Holding  yang memiliki 13 anak syarikat, bersaing dengan perniagaan rakyat.

“Setiap tahun peruntukan yang diberi oleh kerajaan pusat untuk pembangunan tasik Kenyir sahaja RM100 setahun, dan sehingga hari ini Ketengah telah membelanjakan hampir RM4 bilion duit rakyat,

“hasilnya 20 peratus penghijrahan keluar dari wilayah Ketengah setiap hari untuk bekerja dan pusat pentadbiran Ketengah, bandar al-Muktafi Billah, menjadi bandar yang ‘minus’perkembangan,


“Ketengah Holding  memiliki 13 anak syarikat, dia jual minyak, dia jual sterika, dia jual penyapu segala-galanya dia jual, seolah-olah bukan berperanan untuk membangunkan penduduk,”tegasnya.

Justeru, beliau berkata, Waris akan menghantar satu memorandum kepada pihak pentadbiran Ketengah pada 27 Mac akan datang .

Menurutnya, Memorandum itu bertujuan memberitahu dan menegur mereka, ada perbuatan dan tindakan mereka yang salah.

“Saya telah membuat kajian panjang tentang Ketengah dan ada beberapa isu yang boleh diketengahkan, kita akan hantar memorandum pada jam 10 pagi pada 27hb Mac, InsyaAllah,”katanya.

Berita sebelum ini;
Setelah 40 tahun tidak ada apa yang membanggakan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.