Memikat pengundi baru PRU13 Posted on Tuesday, February 21 @ 14:00:00 MYT by paktam |
Oleh Abd Shukur Harun
SATU pertanyaan mula berlegar di tengah-tengah persoalan politik dan pilihan raya, iaitu siapakah pengundi baru pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.Persoalan ini sangat menarik difikirkan, terutama pendukung parti politik yang akan bertarung dalam pilihan raya tersebut.
Adakah pengundi baru ini datang dari bandar dan semi bandar semata-mata? Justeru, ramainya kalangan generasi baru berada di bandar? Ataukah ada juga pengundi baru terdapat di luar bandar?
Mereka adalah generasi yang amat terdedah dengan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber, terutamanya melalui dunia siber yang amat terbuka – pelbagai blog, web-site, twitter, facebook, SMS, selain daripada media cetak baik yang datang daripada parti yang memerintah, mahupun pembangkang.
Selain itu, pengundi generasi baru ini sangat terdedah dengan dunia persekitaran yang sangat terbuka dan pelbagai sifatnya. Pemikiran mereka tidak lagi hanya ditentukan oleh penceramah daripada pelbagai parti politik yang berbagai-bagai ragam, tetapi juga ditentukan oleh suasana dan persekitaran yang membentuk persepsi mereka.
Ada pandangan beberapa pihak, terutama pengamat politik bahawa pengundi baru ini tidak banyak dipengaruhi oleh parti politik yang bertanding. Namun, tidak dinafikan pengaruh atau jenama parti politik itu sebanyak sedikit mempengaruhi mereka.
Pengundi baru ini, menurut pengamat politik, adalah golongan yang sangat kritikal akan sesuatu isu, mengamati siapakah calon atau tokoh yang bertanding – kewibawaan, ketrampilan, syahsiah, isuisu dan gagasan yang mereka bawa, hujah-hujah dan fakta mereka dan seterusnya rekod perkhidmtan mereka, jika yang bertanding itu pernah berbuat demikian pada masa lalu.
Kriteria ini seolah-olah menunjukkan bahawa parti politik tidak berperanan, betapapun hebat janji dan gagasan yang mereka utarakan Apakah benar pengundi baru tidak peduli dengan parti politik yang bertanding?
Di sini, menurut pengamat politik itu, bahawa parti politik masih diberi perhatian oleh pengundi baru berdasarkan beberapa faktor. Menurut Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang menjadi perhatian nanti ialah apakah dasar yang diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat.
Perkembangan sekarang ialah parti politik berdasarkan kaum atau golongan perkauman akan ditolak oleh pengundi baru, malah boleh jadi juga sebahagian daripada generasi lama.
Di sinilah, seperti kata Dr Mujahid, menandakan nafasnafas akhir politik perkauman yang mencengkam politik Malaysia selama ini. Suatu hari nanti, katanya, parti politik Malaysia tidak boleh dicamkan dengan pola perkaumannya lagi kerana mereka sudah membebaskan diri dari pengenalkan itu. Pengundi generasi baru sedang menuju ke arah itu.
Berdasarkan situasi yang ada sekarang, perhatian yang penting diberikan kepada tokoh yang akan muncul dalam PRU13 nanti. Ini bermakna menginstitusikan peribadi ahli politik sebagai ikon yang disukai ramai akan menjadi trend politik kepartian pada masa depan.
Oleh itu PAS, DAP dan KeADILan yang bergabung dalam Pakatan Rakyat mestilah memberikan perhatian sungguhsungguh terhadap persoalan ini.
Saya yakin, Pakatan Rakyat mempunyai ramai tokoh berwibawa yang akan menjadi calon dalam PRU13 nanti.
Oleh itu, gabungan itu sewajarnya memilih calon paling baik. Kriterianya memang sangat rigid, tetapi itulah yang diperlukan untuk berdepan dengan pengundi generasi baru. Pengundi baru ini tidak mungkin terpengaruh dengan isu perkauman yang diteriakkan dengan nyaringnya oleh pendukung fahaman perkauman. Demikian juga mereka akan menolak fahaman agama yang sempit.
Oleh itu, munasabah untuk diyakini bahawa golongan perkauman dan fahaman agama yang sempit bukan merupakan ‘the third force’ atau kuasa ketiga yang mungkin menjadi elemen menentukan aliran kemenangan dalam PRU13 ini.
Lebih-lebih lagi dalam pandangan Islam bahawa asabiyah (perkauman) ditolak secara jelas oleh Islam berdasarkan hadis Nabi s.a.w. sendiri yang memberi ingatan jauh lebih awal bahawa, “Bukan daripada golonganku mereka yang menyeru kepada perkauman.” Tentu ada sebab yang sangat jelas mengapa Islam menolak fahaman perkauman itu sejak dulu lagi.
Berdasarkan pengertian ini semua, ternyata golongan yang bergelut dengan fahaman perkauman ini sama sekali tidak boleh dipanggil sebagai ‘the third foce’.
Oleh itu, jika ada pihak yang masih bersungguh-sungguh – hingga parau suaranya meneriakkan bahawa pihaknya adalah ‘kuasa ketiga’ maka dakwaan itu adalah palsu semata-mata.
‘Kuasa ketiga’ ini sekurangkurangnya tercermin – di peringkat awal – dalam Himpunan Bersih Julai tahun lalu di ibu negara, di mana pelbagai kaum, khususnya golongan muda dan mahasiswa dengan pelbagai latar belakang pendidikan, persekitaran menyertai himpunan bersejarah itu.
Begitu juga ia disertai oleh para peguam, intelektual, kalangan profesional, artis, kalangan sasterawan dan sebagainya.
Sesetengah peserta himpunan itu tidak terikat dengan politik kepartian, tetapi sangat prihatin dengan isu-isu yang menggelegak di negara ini.
Mereka prihatin dengan isu rasuah dan penyelewengan yang melanda negara. Demikian juga mereka sangat prihatin dengan isu menuntut kebebasan bersuara dan berhimpun, menuntut pilihan raya yang bersih, isu Auku yang menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara, isu penyelewengan dan salah guna kuasa dan pelbagai isu lagi.
Pakatan Rakyat, khusunya PAS, sewajarnya membuat kajian mendalam mengenai trend pengundi baru ini dari pelbagai segi dalam mengatur strategi dan gerak kerja pilihan raya.

0 orang berkata:
Post a Comment