Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

08 May 2012

JAWATAN PENGERUSI SPR AZIZ YUSOF TERLUCUT SECARA AUTOMATIK?


Mengikut Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Pengerusi  SPR adalah tidak layak (disqualified) memegang jawatan tersebut jika dia memegang sebarang jawatan di dalam mana-mana organisasi atau badan selepas 3 bulan dari tarikh perlantikannya.


Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, R Sivarasa dalam kenyataannya yang dipetik dari Malaysiakini hari ini


Untuk itu sebuah Suruhanjaya Diraja mesti dilantik untuk menyiasat dakwaan Abdul Aziz Yusof yang mengaku mungkin menjadi ahli Umno, di mana beliau sendiri tidak menyedarinya. 

Dalam kenyataannya selepas diasak oleh Saifuddin Nasution, Aziz berkata mungkin ada orang lain yang mendaftarkan beliau menjadi anggota parti 'kotor' tersebut. Jadi dakwaan ini mesti disiasat.


Perdana Menteri mesti memberi nasihat kepada Yang Dipertuan Agung supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat samada benar atau tidak Aziz Yusof ahli Umno. Walaupun baru-baru ini ada pihak yang mendakwa ahli Umno yang namanya sama dengan Abdul Aziz Yusof namun mungkin Aziz Yusof memang menjadi ahli Umno di cawangan lain.

Alangkah malangnya jika Aziz Yusof memang benar adalah ahli Umno dan beliau masih terus memegang jawatan Pengerusi SPR. Paling teruk kita bimbang ianya menjadi krisis perlembagaan kerana tanpa disedari kita melanggar perlembagaan. Malah semua PRU yang dijalankan oleh di bawah pengurusan Aziz Yusof boleh dipertikaikan integritinya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.