Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

31 Mei, 2012

Rupa-Rupanya Pejabat Umno Nih Di Bina Atas Tanah Rezab Sekolah Agama

SHAH ALAM, 31 MEI - Kerajaan Negeri Selangor digesa menyiasat status bangunan Pejabat Umno Ampang yang didakwa dibina di atas tanah yang dikhaskan untuk Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang. Demikian menurut Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Razali, satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk mengetahui kronologi dan keadaan sebenar tanah yang melibatkan kepentingan masyarakat di situ.

“Jika dapat dibuat dengan bantuan Pejabat Tanah, saya percaya kita dapat leraikan isu ini.


“Meskipun saya tak dapat berikan jawapan samada adakah benar tapak bangunan Pejabat Umno yang ada didirikan atas tanah rizab sekolah agama, tetapi saya yakin memang ada sesuatu luar biasa di situ,” katanya.


Razali mendakwa mungkin bangunan pejabat Umno terbabit dibina melebihi hingga ke tapak tanah sekolah, oleh itu Kerajaan Negeri perlu melantik juru ukur bertauliah untuk tentukan sempadan terlebih dahulu.


Beliau juga hairan bagaimana Ahli Majlis ketika itu boleh meluluskan pelan pembinaannya dalam keadaan status tanah tersebut diragui.


“Walaupun rata-rata penduduk setempat memang tahu kawasan itu dikhaskan untuk tapak sekolah, tetapi masalahnya saya percaya Kerajaan Negeri dahulu tidak pernah mewartakan dengan rasmi bahawa tanah tersebut adalah rizab untuk sekolah.


“Kerajaan Negeri perlu segera jalankan siasatan dengan mendalam dan perlu mengambil tindakan segera untuk mewartakan mana-mana tanah yang diperuntukan untuk masjid, sekolah, perkuburan dan lain-lain,” kata beliau lagi.


Sebelum ini dalam isu yang sama, Adun Lembah Jaya, Khasim Abd Aziz memberitahu TVS, tanah yang menempatkan bangunan Pejabat Umno di Jalan Ampang adalah tanah rizab sekolah.

“Tetapi ketika BN mentadbir negeri Selangor, tanah itu telah diracik-racik dan sebahagiannya diberikan kepada Umno dan sebahagian lagi diperuntukkan untuk pembinaan sekolah.

“Lebih malang lagi, Umno diberikan di sebelah hadapan yang lebih strategik, tetapi tapak sekolah di sebelah belakang,” ujar Khasim.


Menurut Khasim, walaupun penduduk di kawasan itu pernah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menghalang tanah tersebut diambil oleh Umno, tetapi ia tidak berjaya disebabkan ketika itu Umno-BN terlalu berkuasa.


TVS difahamkan Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang siap dibina sekitar tahun 2006 manakala pembinaan Pejabat Umno Ampang pula siap dibina kira-kira setahun selepas projek pembinaannya terhenti beberapa kali. ~
selangorku

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.