Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
bercakap pada sidang media berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.

Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor.


Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.


"Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua," katanya.


Sebelum ini, kenyataan media melaporkan  Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.


Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai.