Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEPATUTNYA ADA GARIS PANDUAN RASUAH POLITIK

May 28, 2012
MELAKA, 28 Mei — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak agar tidak menggunakan jenayah rasuah untuk kepentingan politik terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (gambar) berkata berdasarkan pengalaman lepas, aduan dan maklumat berhubung jenayah rasuah yang diterima pihaknya meningkat secara mendadak apabila tiba musim pilihan raya.

“Kita minta dalam keadaan nak dekat pilihan raya ini, bantulah SPRM kerana dalam pengalaman kita yang lepas setiap kali ada pilihan raya, tiba-tiba jumlah maklumat, aduan-aduan mengenai rasuah naik dengan mendadak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Forum Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan sempena Melaka 750 tahun, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya kebanyakan aduan terbabit bertujuan politik yang tidak menguntungkan rakyat dan negara, kerana berita mengenai rasuah itu dilapor menerusi media atau blog terlebih dahulu sebelum dibawa kepada SPRM.

“Ini menyebabkan kita susah mendapatkan keterangan (kerana) apabila hebahan-hebahan dibuat dahulu kepada media selepas itu baru dihantar kepada SPRM maka saksi-saksi penting, keterangan-keterangan akan hilang sebelum SPRM dating membuat siasatan,” katanya.

Sementara itu, Abu Kassim berkata kesedaran berhubung jenayah rasuah terutama dalam kalangan penjawat awam di negara ini menunjukkan peningkatan.

Beliau berkata ini berdasarkan peningkatan jumlah tangkapan terhadap pemberi rasuah sejak dua tahun lepas.

Katanya ramai penjawat awam tampil membuat laporan ke atas individu yang memberi rasuah kepada mereka sekali gus menggambarkan penentangan terhadap jenayah itu.

“Negara-negara yang menampakkan usaha kerajaannya mula berjaya ialah apabila kesedaran pegawai kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas mereka yang memberi rasuah menunjukkan perkembangan,” katanya. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.