Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

[BERGAMBAR] Cukup Kartun Betul Bila SPR Larang Kempen Guna Kartun



Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar

KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'.

Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen.

Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan.

"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya.

"Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur.

Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang.

"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU.

"Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scorpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain," katanya. -HD


Kartunis tak akan hiraukan larangan SPR


Kumpulan kartunis tidak mengiktiraf dan tidak akan menghiraukan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang penggunaan karikatur dalam dalam kempen pilihan raya umum akan datang.

Malah, kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque hari ini mengumumkan akan mengetuai sekumpulan kartunis untuk bergerak aktif dan membuka bilik gerakan sendiri dalam tempoh berkempen.

"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen pilihan raya umum," kata Zunar merujuk kepada inisiatiuf Kumpulan Kartunis Independen (KKI) yang baru ditubuhkan baru-baru ini.

Zunar berkata, mereka akan memfokuskan karya kepada isu semasa seperti urusniaga pembelian kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis dan isu berkaitan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Katanya, kartun itu kemudiannya akan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk risalah, poster, sepanduk dan video.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan mengingatkan parti politik agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur individu dalam pilihan raya umum kerana ia tidak sesuai dan dilihat tidak serius.

Bercanggah dengan undang-undang, lucu

Katanya, SPR akan menggunakan peruntukan bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menurunkan poster atau sepanduk seperti itu untuk menjaga imej calon bertanding, di samping mewujudkan disiplin.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Zunar berkata, tindakan SPR itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah melucukan.

"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam pilihan raya.

"Dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya,"
kata Zulkiflee.

Zulkiflee berkata, SPR patut memberikan perhatian kepada mesej bahan kempen dan bukannya medium.

"Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua bentuk medium perlu diambil tindakan," katanya yang terkenal dengan kartun berbentuk satira politik.

"SPR seharusnya gunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan BERSIH daripada berbicara soal kartun dan karikatur."


PRU13: Kempen dilarang guna karikatur

JOHOR BAHRU - Parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti diingat agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur mana-mana individu atau personaliti.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bahan kempen seperti itu tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.

"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kami tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pilihan raya kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) peringkat negeri Johor di Senai hari ini.

SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menanggal atau menurunkan mana-mana poster atau sepanduk seperti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata keputusan itu adalah untuk menjaga imej pemimpin dan calon yang bertanding di samping mewujudkan disiplin dalam pemasangan poster pada pilihan raya umum itu nanti.

Sementara itu sebanyak 26 PPPKR diwujudkan di semua kawasan Parlimen di Johor bagi memantau dan menjalankan penguatkuasaan ketika tempoh kempen pilihan raya umum ke-13.

Johor mempunyai 1.5 juta pengundi berdaftar, katanya.
- Bernama















1 comments:

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.