Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Ambiga: Kempen BERSIH tetap diteruskan

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata program penerangan untuk mendidik pengundi akan diteruskan walau selepas menerima ancaman seperti yang berlaku di Melaka pada Sabtu lalu.

Beliau menjadi sasaran dalam insiden serangan tersebut, namun kempen BERSIH akan diteruskan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Ambiga berkata beliau diberitahu supaya mengelakkan daripada menghadiri acara di Merlimau itu, memandangkan beberapa laporan polis dibuat oleh kumpulan yang membantah kehadirannya.

Katanya, tindakan yang ditunjukkan oleh kumpulan terbabit – yang menyerang dua ADUN DAP dengan melempar batu dan telur – juga merupakan sebahagian daripada pendidikan kepada pengundi.

"Ia memberi peluang kepada pengundi untuk membuat keputusan sama ada inilah Malaysia yang mereka mahu huni. (Ia) memberi peluang kepada mereka untuk putuskan sama ada ini institusi yang ingin mereka undi," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.