Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ampuuun , keturunan tak boleh masuk polis !


Friday, August 3, 2012

Kan dah cakap dah, memang haramjadah polis tu...

KUALA LUMPUR 3 Ogos: Polis yang merupakan saksi ke 23 pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) marah apabila panel siasatan menyentuh tindakan mereka menghalang media merakam gambar aksi anggota itu semasa bertugas pada Himpunan Bersih.
“Kalau ambil gambar saya, saya pun marah!” kata Assistan Superintenden (ASP) Zahari Yusof penuh emosi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam pemerhati berhubung tindakan polis menghalang pihak media daripada merakam, dan pada tahap merampas kad memori jurugambar ketika membuat liputan pada 28 April lalu.
Ditanya sama ada menjadi kesalahan untuk polis berbuat demikian, beliau menjawab ia bergantung kepada anggota yang berhadapan situasi berkenaan.
“Saya tidak tahu di atas undang-undang apa, tapi saya sebagai individu berhak untuk halang orang ambil gambar saya,” katanya.
Beliau bagaimanapun menafikan wujudnya arahan pihak atasan untuk menghalang jurugambar merakam tindakan mereka sepanjang perhimpunan aman itu.
Dalam sesi pendengaran sebelumnya, jurugambar akhbar The Star, P Puspanathan berkata, beliau dikepung polis apabila cuba mengambil gambar polis membelasah peserta himpunan.
Sementara jurugambar Malay Mail, Muhammad Arif Kartono cedera di bibir akibat dibelasah enam polis dan kameranya sengaja dipecahkan.
Wartawan The Sun, Radzi Razak pula dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur akibat kecederaan dalaman selepas diserang kira-kira tujuh anggota polis. - keadilandaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.