Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATE ? DEMAND LE APA-APA YANG PATUT, MALU BELAKANG KIRA !

Saturday, August 25, 2012

Umi Hafilda kata kerana dia Najib jadi PM.. dia buat lawak ke ni?


Dah gila ke apa perempuan ni.. aku tak pastilah.. kata dia  Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana dirinya dan beliau kesal kerana mereka tak menghargai dirinya..

“Kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah  dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Disamping itu beliau juga mendakwa beliau jauh lebih hebat dalam mengadakan ceramah jika dibandingkan dengan pemimpin UMNO yang ada kerana 10, 000 orang telah hadir dengar ceramahnya di Besut..

Kesian kat dia ya... susah payah tulis surat kat Mahathir untuk memfitnah Anwar tapi langsung Mahathir tak hargai..

Bukan saja Mahathir malah Pak Lah dan Najib yang jadi PM kerana surat dia tulis tu juga tak hargai dirinya.. sekurang-kurangnya Najib lantiklah dia jadi Menteri Wanita.. kan jawatan tu kosong sekarang ni..

Kalau tak nak lantik dia jadi Menteri Wanita.. lantik dia jadi Pembantu Khas kepada Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat iaitu Jamaluddin Jarjis pun sesuai tu.. he,,he..

`Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM’

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008.

“Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.


Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah  dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.


Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.
“Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah,” katanya.

Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.


“Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar,” katanya.

Mana menteri?

Namun, Umi  juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.


“Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin,” katanya lagi.


Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.


“Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10, 000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8, 000 orang
.

“Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya,”
kata Umi lagi.

Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.


Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap  dahulu.


Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin PaKatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir -
Free Malaysia Today

Kalau kerana surat yang dia tulis tu.. Anwar tak dapat jadi PM.. Mukhriz patut minta Umi Hafilda tulis surat tentang Muhyiddin pula kepada Najib.. barulah Mukhriz cepat sikit jadi PM..

Desperatenya Umi Hafilda ni ya...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.