Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAKWAAN BERAT ARTIS TERTENTU TERHADAP AHLI PAS ?

JIKA BENARLAH SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA MAKA MEREKA DARI KALANGAN ARTIS YANG TELAH DIPERGUNAKAN OLEH ORANG TERTENTU DIDALAM PAS MAKA NAMA MEREKA MESTI DIDEDAHKAN SUPAYA JANGAN ADA DURI DIDALAM DAGING DIDALAM PERJUANGAN PAS, ANDAINYA ARTIS TIDAK MENDEDAHKAN NAMA MEREKA MAKA MEREKA (ARTIS) ADALAH MENCIPTA FITNAH TERHADAP AHLI PAS DAN PERTUBUHANNYA SEKALI  Pak Karamu

Wednesday, August 8, 2012

Nasihat Akhil Hayy kepada golongan artis yang baru berhijrah..


Ini adalah nasihat Ustaz Akhil Hayy kepada golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam.

Nasihatnya ialah mereka perlu berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini ada sumber mengatakan bahawa Amy Search telah mendakwa ketika beliau merapatkan diri dengan PAS, beliau telah dipergunakan oleh individu tertentu dalam PAS.

Yang dimaksudkan mereka ialah Individu tertentu dalam PAS.. bukannya Parti PAS..
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.


"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.


"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.


Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.


Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?


"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.


"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.


"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.


“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya -
mStar Online

Kenapa tidak pihak PAS memberikan ilmu kepada artis yang berhijrah berupa usrah dan lain2.. Jangan hanya dibawa ke pentas2 PAS dari satu taman ke taman yang lain, dari satu daerah ke daerah yang lain, dari satu negeri ke negeri yang lain sehingga akhirnya mereka merasakan mereka diperguna oleh PAS.. sedangkan awalnya mereka memilih kerana kesedaran.. perlu seiiring dengan tarbiyyah..

Lagi satu.. kalau korang nak tahu.. Amy Search dakwa dia dah ditipu lebih dari RM100K oleh individu yang mendakwa dirinya Ahli PAS…

Siapakah individu yang mengambil kesempatan itu?? Pimpinan PAS.. sila ambil perhatian ya...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.