Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KEMPEN BOLEH BERI KESAN SOKONGAN SEHINGGA 30% UNTUK PR

Rabu, 15 Ogos 2012


KEADILAN jelajah seluruh negara sebar kempen ‘Turunkan Harga Kereta’

PETALING JAYA 15 Ogos: KEADILAN akan menjelajah ke seluruh negara bermula 24 Ogos ini bagi mengedar pelekat kenderaan kepada pengguna jalan raya sempena kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ dalam usaha menerangkan kepada rakyat berhubung mekanisme menurunkan harga kereta.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penjelajahan itu akan dimulakan dengan edaran pelekat kereta dengan slogan ‘Turunkan Harga Kereta’ pada Jumaat ini di Plaza Tol Jalan Duta dan Karak, manakala Sabtu di Plaza Tol Sungai Besi.

Menurut beliau, bermula 2 September, forum ‘Turunkan Harga Kereta’ di sekitar Lembah Klang termasuk Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat turut diadakan.

“KEADILAN yakin desakan menurunkan harga kereta adalah tuntutan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Justeru, beliau mengajak rakyat Malaysia membantu mempromosi kempen dengan mengguna logo Turunkan Harga Kereta’ di facebook dan twitter.

Nik Nazmi berkata, sebanyak 50,000 pelekat dicetak dan KEADILAN turut melancarkan laman facebook kempen beralamat di,www.facebook.com/turunkanhargakereta.

“Selepas cuti raya Aidilfitri, pelekat kereta ini akan dicetak dan diagihkan ke seluruh negara melalui pejabat KEADILAN tempatan.

“Logo kempen yang dipilih tidak melambangkan unsur politik. Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju. Masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat,” katanya.

Turut memeriahkan kempen ialah kehadiran jentera gerak kerja, iaitu sebuah kereta Proton Tiara berusia 15 tahun yang menjadi kereta rasmi program jelajah sumbangan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

“Kempen ini dibuat sempena balik kampung. Kita akan ke tempat awam dan kempen ini akan menjadi gelombang besar selepas hari raya,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin, yang juga pengerak kempen. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.