Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN LAYAN LA BARUA BESAR TU !



Selasa, 28 Ogos 2012

Khutbah : Dewan Ulama Pas Kelantan selar Ibrahim Ali


KOTA BHARU- Dewan Ulama Pas Kelantan menyelar tindakan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mendakwa isi kandungan khutbah sayap itu membawa mesej perpecahan dan berbaur politik yang dahsyat.

Timbalan Ketuanya, Hasan Mahmood berkata, dakwaan Ibrahim disifatkan tuduhan melulu tanpa kebenaran fakta yang tepat serta berniat jahat untuk memburukkan Pas Kelantan termasuk melagakan parti itu dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Hasan menafikan dakwaan tidak berasas Ibrahim itu kerana penghasilan isi kandungan khutbah itu tidak terikat dengan kepentingan mana-mana parti politik biarpun ia dikeluarkan pihaknya.

“Bagi mana-mana pihak yang meneliti isi khutbah tersebut, sekalipun ia adalah keluaran Dewan Ulama Pas namun tidak satu pun nama pertubuhan politik yang disebut sama ada Pas mahupun Umno.

“Sebaliknya, sebagaimana tajuk yang tertera pada khutbah iaitu menentang kerosakan dan kezaliman di dalam Negara adalah jihad yang paling afdal iaitu bermaksud mengajak umat Islam agar sentiasa berjihad dan jihad paling utama dalam konteks masa kini adalah jihad
untuk mempertahankan Negara umat Islam daripada kezaliman dan kerosakan yang ingin dilakukan oleh mana-mana pihak,” katanya kepada di sini, semalam.

Hasan menjelaskan, kenyataan itu juga diucapkan ulama terulung dunia Islam yang merupakan Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi menerusi kitabnya iaitu Min Fiqh Daulah dan beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah daripada Malaysia.

Beliau berkata, isi kandungan khutbah tersebut turut mengajak masyarakat memanfaatkan sistem demokrasi di negara ini bagi mendaulatkan Islam di tempat tertinggi bersesuaian dengan kedudukannya yang mulia.

“Kita juga mengambil pendekatan yang berbeza-beza dengan menggunakan teks khutbah lain bagi menyeru umat Islam agar dapat menggunakan saluran pilihan raya dalam memilih calon yang dapat menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan sebagaimana yang dianjurkan dalam agama sekali gus menjadikan ia sebagai aspek terpenting dalam pentadbiran negara,” katanya.

Dalam pada itu, Hasan turut menempelak kenyataan Pengasas Pondok Genting Tumpat, Abdullah Saamah yang menuduh Pas negeri ini membenarkan imam dan khatib membaca khutbah Aidilfitri berunsur politik dan membawa anasir perpecahan umat Islam.

Katanya, Abdullah umpama menjadi ‘pak turut’ kepada Ibrahim yang hanya pandai menuduh tanpa usul periksa.SH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.