Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 24 Ogos 2012

Undang-undang antilompat parti: DAP burukkan imej BN, kata MCA

GEORGETOWN - MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana  ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan.
 
Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan Barisan Nasional.
 
"Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 
Lau berkata orang ramai perlu sedar bahawa ramai anggota Parti Keadilan Rakyat adalah mereka yang melompat parti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas anggota Umno dan menteri, yang secara ironinya menyandang kerusi Parlimen di Pulau Pinang.
 
"Oleh itu, DAP sepatutnya menghentikan lakonan ini dan memberi lebih perhatian berhubung tanggungjawab mereka kepada orang ramai," katanya.
 - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.