Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 2 Ogos 2012

DHPP: Tema Merdeka Pakatan lebih patriotik

KUALA LUMPUR: Tema kemerdekaan yang dipilih Pakatan Rakyat, 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' lebih bersifat patriotik berbanding tema ciptaan kerajaan.

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Balendran Balasubramaniam, berkata tema yang dipilih Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat itu tidak memasukkan unsur politik bagi mengangkat kemerdekaan negara.


Berbanding tema ciptaan kerajaan 'Janji Ditepati', Balendran berkata tema Pakatan Rakyat menggambarkan semangat perpaduan di kalangan rakyat terbilang dalam satu negara yang telah dimerdekakan.


"Tidak seperti 'Janji ditepati', ia hanya bersifat politik semata-mata, yang tidak ada kena-mengena dengan semangat perjuangan kemerdekaan negara," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kerajaan agar mengambil tema Pakatan Rakyat untuk menggantikan tema sedia ada.


"Namun, saya percaya mereka tidak akan guna tema Pakatan Rakyat. Tapi, saya harap kerajaan boleh tukar tema lain yang lebih bersifat patriotik," tegs beliau lagi.


Semalam, Pakatan Rakyat memutuskan untuk memilih tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema Hari Kemerdekaan ke-55 menggantikan tema ‘Janji Ditepati’ oleh kerajaan.


Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said.


Jawatankuasa itu turut dianggotai Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Jawatankuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, bekas Pengarah Eksekutif  Women’s Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.