Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PASAI MCA DAN GERAKAN JADI LEMBU UMNO

Khamis, 2 Ogos 2012

Guan Eng : Kenapa MCA, Gerakan tidak bantah hudud versi UMNO? Ni sebok pasal PAS....!!!

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: DAP mengutuk tindakan Gerakan dan MCA yang terus memfitnah dan menakut-nakutkan rakyat, terutamanya yang bukan Islam, kononnya dengan menyokong DAP akan memberi laluan kepada PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, UMNO jauh lebih ekstrem sehingga mahu melaksanakan hudud terhadap semua, termasuk yang bukan beragama Islam.

Sedangkan, katanya, PAS yang hanya mahu hudud dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja.
Beliau menyoal kenapa tidak ada pemimpin MCA mahupun Gerakan yang menyuarakan bantahan kepada UMNO tentang perkara tersebut.

“DAP konsisten menolak hukum hudud. Tetapi rakyat Malaysia seharusnya boleh memilih, (cadangan hudud) siapa yang lebih ekstremis,” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat telah mencadangkan supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan ‘hudud sebenar’ yang akan memberi kesan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama.

Cadangan tersebut telah disambut baik oleh Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Dato Azhar Ibrahim, malah Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas juga telah meluluskan resolusi menyokong ‘hudud untuk semua’.

“Kenapa MCA dan Gerakan tidak meninggalkan Barisan Nasional setelah pemimpin UMNO terang-terang menyokong pelaksanaan hudud ke atas semua orang?” soal Guan Eng.

Menurut beliau, DAP menyokong Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan kerjasamanya bersama PAS adalah berlandaskan dasar bersama yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

“DAP dan PAS mampu dan mesti bekerjasama demi masa depan bangsa Malaysia atas prinsip-prinsip yang menyatukan kita,” kata beliau lagi. “Kedua-dua DAP dan PAS mempunyai pendirian serupa dalam usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa.”

“Kita bersetuju untuk mewujudkan negara berkebajikan untuk melindungi orang miskin, melarat, sakit dan mereka yang memerlukan bantuan.

“Yang penting ialah kedua-dua parti mesti memberi harapan kepada rakyat Malaysia bahawa boleh wujud perpaduan dalam kepelbagaian, dan persamaan kita adalah jauh lebih kuat berbanding perbezaan, demi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk hidup bermaruah,” katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.