Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAAA ! PATUT LA RAMAI MASUK PEH ORANG TUA-TUA, RUPANYA YANG MUDA MASUK PKR !

PKR cuba tarik sokongan mahasiswa, akan mula masuk ke kampus

August 04, 2012
 
Nurul Izzah berkata terdahulu wujud banyak halangan terhadap usaha PKR mendekati mahasiswa. — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 4 Ogos ― Pemimpin PKR mula menjengah ke kampus-kampus universiti bagi menarik lebih ramai sokongan daripada kalangan mahasiswa untuk menyokong pembangkang berbanding Barisan Nasional (BN) dalam persaingan merebut undi golongan muda dalam pilihan raya akan datang.
 
Melalui penubuhan Kelab Mahasiswa Keadilan, yang secara jelas menyatakan sokongan penuh kepada pembangkang, PKR akan menghantar wakil-wakil mereka ke setiap kampus bagi mewar-warkan ideologi dan dasar perjuangan mereka kepada mahasiswa serta memberikan penerangan berkenaan matlamat perjuangan PKR itu sendiri.

“Kita akan mula memasuki kampus ... dengan ketiadaan AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti), kita akan sebarkan tawaran kita kepada mahasiswa,” kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada pemberita sewakti melancarkan Kelab Mahasiswa Keadilan di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Jelas Nurul Izzah lagi, sebelum ini, PKR telah menerima banyak halangan bagi membolehkan parti pembangkang itu masuk ke kampus

“Sebelum ini hanya BN sahaja yang masuk (kampus). Namun, bebeapa pindaan yang melonggarkan sedikit AUKU, ini masa terbaik untuk mewar-warkan tawaran keadilan kepada orang muda,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi.

Golongan belia, terutamanya mahasiswa menjadi sasaran parti politik, apabila langkah itu turut dijalankan BN sebelum ini apabila melancarkan 1 Malaysia For Youth (1M4U) yang mana dilihat sebagai usaha menarik golongan muda untuk menerima perikatan kerajaan berkenaan.

Melalui pelancaran progran tersebut juga, BN turut melancarkan Dana Sukarelawan 1 Malaysia (DRe1M) dengan nilai RM100 juta bagi merangsang aktiviti sukarelawan dalam kalangan belia.

PKR juga turut mengemukakan tawaran-tawaran mereka kepada generasi muda ini, yang antaranya meliputi tawaran-tawaran pemansuhan yuran pengajian tinggi, pemansuhan duti eksais kereta, gaji minimum dan sebagainya bagi membolehkan generasi ini memahami dengan lebih mendalam dasar dan perjuangan PKR. “PKR mewakili aspirasi anak muda.

“Kalau kita gagal kekal relevan untuk isu anak muda, tiada gunanya kita kekal,” tambah anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini lagi.

Sehubungan itu, parti komponen pakatan pembangkang itu akan memulakan aktiviti mereka ini bermula di kawasan Universiti Malaya (UM) pada September depan, dan seterusnya ke seluruh kawasan universiti dan kolej sekitar Lembah Klang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.